QasehMuslimah-Munirah

Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, April 3, 2020

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Kita sudah berada pada hari ke-3 untuk 2nd PKP! Buat pengetahuan korang semua, setakat ini kes positif COVID19 sudah mencecah 3,333 kes! Tinggi tu... Penambahan 3 kematian guysss... Bukan 1 angka yang boleh dibanggakan! 
Diharap korang semua dapat memberi kerjasama dengan kerajaan dan juga Frontliner kita. Insya Allah...

Sepertimana semua tahu, tempoh hari Perdana Menteri kita sudah umumkan berkaitan dengan BANTUAN PRIHATIN NASIONAL kan? Korang yang mana dah terima BSH sebelum ni, maybe tiada apa-apa masalah. Tapi yang belum pernah terima dan LAYAK untuk menerima BPN 2020 kali ni, boleh start membuat permohonan baru pada 01 April 2020. Kita nak share sikit step untuk rujukan korang...

Langkah 1 :
Kena tahu kelayakkan anda memohon kategori mana. B40 ker? M40 ker? Bujang berusia 21 tahun dan berpendapatan RM2000 kebawah ker? Saya tak tahu status anda...
Contoh yang saya bagi ni adalah M40 yg tak pernah register ke LHDN (sebab pendapatan boleh cukai tak capai tahap perlu bayar cukai pendapatan)

Langkah 2 :
Sila layari laman web www.hasil.gov.my

Langkah 3 :
Pilih "Bantuan Prihatin Nasional" - saya bulatkan warna merah.

Langkah 4 :
Masukkan nombor Kad Pengenalan.
Selepas tu akan muncul kod "CAPTCHA" Masukkan kod captcha tersebut.
*rujuk gambar Langkah 4a

Langkah 5 :
Oleh kerana saya tidak pernah daftar ke LHDN, laman web memaparkan kenyataan "Tiada Rekod. Sila klik butang pemohonan baru"
Kemudian klik butang PERMOHONAN BARU

Langkah 6 :
Isikan data-data permohonan tersebut.
Hantar langkah 6a,6b,6b,6c dan 6d

Sila sediakan :
-Nombor IC pemohon dan ahli keluarga semua
-Nombor Akaun Bank pemohon dan pasangan
-Jumlah pendapatan kasar isi rumah
-Tarikh Kahwin

Langkah 7 :
Selepas siap hantar, Anda boleh buat pilihan untuk CETAK dan sambung seterusnya ke proses "MENDAFTAR AKAUN BAGI TUJUAN LOG MASUK"











Diharap apa yang kami share ni dapat menjadi rujukan buat korang yang kena buat Permohonan Baru.
#ambilpeduli
#STAYATHOME
#COVID19

Wednesday, April 1, 2020

i-Lestari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Busy la website KWSP start 01 April 2020 ni. Semua orang cuba memohon i-Lestari kan.
Korang banyak-banyak bersabar lah kalau server kurang memuaskan. Bila dah semua tumpu pada perkara ni,biasalah kan...
Bagi yang masih mencari-cara camne cara nak apply i-Lestari ni? Meh, follow step yang kita share ni... Tapi make sure korang ke website rasmi KWSP tau...












Moga apa kami share ni dapat permudahkan kerja-kerja korang dalam memohon i-Lestari ni.
Bila dah dapat duit tu, manfaat kan lah sepenuhnya. Guna untuk membeli & membayar perkara keperluan bukannya kehendak...
Take care semua...

#stayathome #staycalm #covid19 #ilestari

Saturday, August 24, 2019

FLAT PRICE RM6.20

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera...

Lama kami menyepi kan? Hampir 1 tahun agaknya. Busy sikit sebab sekarang dah kena fokus pada kerja hakiki... Office hour kata kauuuu...

Kami taknak panjang-panjang cerita tapi kami nak share somethings gempak dan menjimatkan poket korang...
Kenapa sekarang???
Sebab... gaji dah on the way nak masukkan???
Sebab ke 2 : MERDEKA SALE

Semua HANDSOCK dan SOCK kami tawarkan dengan FLAT PRICE!!!
Siapa sanggup offer harga ni???
Kami je...

RM 6.20/pasang

bermula dari 19 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019 sahaja...

Kami bukan sengaja lambat inform melalui Blog comey ni tapi sebab kami langsung tak sempat nak update entry. Hari-hari order masuk! 
Alhamdulillah memang tak menang tangan..

Korang shopping lah dari kami... 
jom tengok koleksi MERDEKA SALE kami...



Ainisha 3.0 Handsock
MERDEKA SALE PRICE : RM6.20/pasang


Kanik Original Tapak Hitam
Kanik Tapak Hitam Alien 
MERDEKA SALE PRICE : RM6.20/pasang


Soka Alien Plain
MERDEKA SALE PRICE : RM6.20/pasang


Ayna Dwitone Handsock
MERDEKA SALE PRICE : RM 6.20/pasang



Ummy Dwitone Handsock
MERDEKA SALE PRICE : RM 6.20/pasang

Amacam? Banyak pilihan kan... 
Berminat je terus contact kami sebab offer ni sampai 31 OGOS 2019 je... 
Boleh terus klik whatsApp kami ni... 
www.wasap.my/601124274941/merdekasale