Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, September 6, 2011

Salam Syawal.........

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua.........!!!!!!!!!!!
Aku rasa masih belum terlambat lagi aku nk wish kat korg sume... Biasalh bila time raya kn, sepanjang hari busy! Lebih-lebih lagi macam keadaan aku yang jauh di perantauan...hehehehehe... 5 jam tu dari Ipoh ke Kota Bharu! (^^,)
Maaflah kalau aku ada terkasar bahasa, tersalah laku kat korg sume. Manusia mmg tidak boleh lari dari kesilapan.
Raya tahun ni adalah kali ke 2 aku menyambut bersama suami tercinta. Persiapan lebaran just simple2 je. Conform tak melampau2 sebab aku dan suami mmg jenis yang bersederhana...hehehehe...amin.... Destinasi aku merata skit tahun ni. Start dari raya pertama hingga raya ke 6 sbb 05.09.2011 kami dah start bkerja... (huhuhu...aku rasa mcm mls nk g keje...btl2 rs malassss....) Antara destinasi kami :-
  • Raya Pertama   : Berada di Kota Bharu, Kelantan. Lps smbhyg raya, salam & bermaafan bersama family, mengunjungi pusara tok, tokki & saudara, beraya di rumah Umi (family mertua kakak), dalam jam 2 petang baru kami bertolak ke Ipoh. Sampai di Ipoh jam 10 malam.
  • Raya Kedua    : Menyediakan persiapan untuk majlis doa selamat. Adik Ipar aku hendak bertunang, ngah orang Perak gak. So, start pagi tu masing2 busy mengemas pe2 yg patut, masak...
  • Raya Ketiga     : Kami bersama 11 buah kereta membawa rombongan pertunangan. Time nak ke sana, jalan canteeekkkk je tp time nak balik Ipoh, jalan SESAK gilerrrr....
  • Raya Keempat  : Aku lepak kat rumah selepas tolong katering mak mertua aku. Husband aku bkerja hari ni...
  • Raya Kelima     : Aku ngan suami aku busy kemas & basuh rumah kami. Banyak yang perlu di touch-up... Adik aku smpi dari Kelantan dalam jam 8 malam. Tiket ke KL dh habis, so aku & suami ambil tanggungjawab tu untuk hantar die. (sambil2 tu aku leh skodeng tmpt tggl dia & jln2 di KL)
  • Raya Keenam   : Aku, suami, adik aku & adik ipar aku bersiap sedia bertolak ke KL. Dari Ipoh kami gerak dalam jam 8 pagi.
Amacam, best tak aku punye schedule? Anyway aku happy sepanjang lebaran tahun ni... Maybe berat badan aku pun dah bertambah 2,3 kg kot... Lepas ni InsyaAllah kita sama2 tunaikan puasa sunat syawal lak... 

“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah Taala“
mudah sahaja niatnya... just 6 hari tapi berlipat ganda pahalanya. (^^,)

Ramadhan tunduk mengundurkan diri,
Syawal bergegas datang mengganti,
Semoga taqwa mekar di hati,
Amalan soleh kukuh membumi.

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)