Enjoy shopping & crafting with us..

Wednesday, October 5, 2011

Apa itu DEMAM DENGGI?

Assalamualaikum...
Lama sy tak update blog ni kn. Maaf ek, insyaAllah sy akan cuba update blog ni ngan brite & koleksi jualan yang terkini serta terbaru. 
Untuk makluman korang semua, husband sy telah dimasukkan ke hospital pd 29.09.2011 lalu, suspect jangkiti demam denggi. Setelah dimasukkan ke wad hospital, sy lihat hanya ubat demam, antibiotik & batuk yg diberikan oleh doktor serta dimasukkan beberapa bag air garam. Menurut penjelasan yg diberikan oleh doktor yang merawat husband sy, bagi pesakit denggi, sehingga ke hari ini masih tiada sebarang ubat/antivirus yang khusus untuk merawat pesakit denggi. Tujuan dimasukkan ke dalam wad hanyalah untuk membuat pemantauan terhadap keadaan pesakit just incase sekiranya berlaku sebarang kecemasan, tindakan segera boleh diambil dibandingkan jika pesakit tinggal di rumah.
Perkara yang paling penting semasa pemantauan pesakit denggi adalah bacaan kandungan platlet dalam darah pesakit. Bacaan tersebut akan diambil setiap hari sebagai salah satu proses pemantauan. Bagi pesakit denggi, kandungan platlet darah akan berkurang daripada orang yang sihat.
Platlet merupakan struktur-seperti-sel (cell-like structures) yang paling kecil dalam darah dan adalah penting dalam proses pembekuan darah dan penyumbatan pembuluh darah yang rosak. Kandungan normal adalah diantara 150,000 hingga 400,000 platlet dalam setiap microliter darah (150 - 400 x 109 per liter). Sebagai contoh fungsi platlet tersebut, sekiranya seorang pesakit denggi mengalami luka yang menyebabkan keluar darah, kekurangan platlet tersebut akan menyebabkan pendarahan yang berterusan.
Cadangan dari beberapa orang family sy sebagai kaedah altenatif untuk merawat penyakit tersebut adalah dgn makan sup ketam dan minum air karbonat 100 Plus 2 liter sehari, minum air tembikai & juga minum ekstrak daun betik. Sy minta husband sy amalkan makan sup ketam & minum air 100 Plus. Selama 3 hari husband sy ditahan dlm wad & sy sntiasa menemaninya utk memberi semangat utk die melawan penyakit itu. Alhamdulillah, suhu bdnnya bkurangan & keadaannya bertambah baik. Tetapi, die still rs lenguh2 badan & loya2...
Selepas husband sy keluar wad, sy trs b'usaha search tentang DEMAM DENGGI ini. Tujuan sy untuk bkongsi dgn korang semua bagi perangi virus ini!!! Disini sy share sdikit info ttg virus ini...

Apa itu DEMAM DENGGI??
Ia sejenis penyakit bawaan nyamuk yg menjadi masalah utama antarabangsa. Jenis demam denggi yg lebih bahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh NYAMUK AEDES kpd manusia melalui gigitannya.

Bagaimana Penyakit Ini Merebak?
  • Virus denggi dipindahkan kpd manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yg membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dlm jangka masa 8-12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti & menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat & sekurang2nya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Vektor Demam Denggi Adalah Nyamuk Aedes Betina.
Nyamuk yg telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik shj seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki & beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah Penyebab Demam Denggi?
Penyakit demam denggi bpunca dari 4 jenis virus denggi yg dpindahkan kpd manusia melalui nyamuk Aedes yg telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu Flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kpd manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yg merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah Gejala Denggi?
Demam Denggi.
  •  Bayi & kanak2 mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dgn kemunculan ruam.
  • Orang dewasa & kanak2 yg lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yg tidak serius @ demam kuat yang mengejut, sakit kepala yg teruk, ruam & sakit di belakang mata, otot & sendi.
  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
  • Kadar kematian amat rendah.
  • Penyakit ini lazimnya bermula dgn peningkatan suhu badan yg mendadak, diikuti gejala2 lain yg tidak khusus spt merah muka.
  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan & sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari & suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41ºC & mungkin diikuti dgn kekejangan & pendarahan.
  • Dalam kes sederhana teruk, selalunya semua tanda & gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan @ selepas di beri terapi cecair & elektrolit (ion berasingan spt natrium, klirida, potasium, bikarbonat & lain2).
Sindrom Renjatan Denggi.
  • Bagi kes-kes serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda2 kegagalan peresaran darah dapat dilihat.
  • Kulit pesakit menjadi diingin, lebam & padat dgn darah terkumpul, circumoral cyanosis & pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya melarat ke tahap renjatan yg kritikal.
  • Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yg lemah & cepat, tekanan darah rendah, kulit menjadi dingin serta lembap & terasa tidak selesa. Pesakit yg mengalami renjatan adalah dlm keadaan bahaya & boleh mengancam nyawa jika bersesuaian tidak diberikan dgn segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dlm tempoh 12-24jam @ sembuh dgn cepat selepas diberi terapi antirenjatan. 
Apakah Rawatan Yang Diberi Untuk Demam Denggi?
Tiada rawatan khusus utk demam denggi.
  • Dlm kes demam denggi dgn @ tanpa renjatan, cecair yg diberi secara oral sudah memadai utk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia & muntah2.
  • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan utk meredakan demam. Walaubagaimanapun, salisilat (sebatian yg mengandungi analgesik utk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dgn menurunkan suhu bdn & aktiviti anti keradangan spt aspirin) perlu dielakkan krn ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dgn rapi bg mengesan tanda2 awal renjatan.
  • Utk pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal & segera plasma yg hilang dgn plasma, menambah plasma dan/atau larutan elektrolit & cecair akan menghasilkan kesan yg menggalakkan.
  • Pesakit perlu berehat & minum lebih banyak air utk segera sembuh. Pesakit yg mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Utk pesakit demam denggi bdarah, penggantian cecair badan yg hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. 
Bagaimana Cara Untuk Mencegah Denggi?
  1. Lindungi Diri Dari Gigitan Nyamuk - utk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk & menggunakan bahan penghindar nyamuk pd kulit yg tdedah apabila perlu. Pakai pakaian yg menutupi kebanyakan bahagian tubuh krn ini boleh melindungi dr gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk & skrin pd tingkap utk mencegah nyamuk dr memasuki rumah.
  2. Elakkan Dari Membuat Lawatan ke Kawasan Berisiko Tinggi di Waktu Siang - Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah krn nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi & awal senja.
  3. Musnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk - Nyamuk Aedes membiak dalam tempat2 takungan air spt tayar buruk & bekan menyimpan air. Korang juga perlu selalu menukar air dlm pasu bunga & bekas air minum haiwan peliharaan utk mencegah nyamuk dr membiak.
  4. Hapuskan Nyamuk Aedes Dewasa - Korang boleh menggunakan penyembur serangga bg membunuh nyamuk dewasa di dlm rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Utk lebih bkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dlm rumah. Korang juga boleh menggunakan ubat nyamuk utk mengelakkan korang & keluarga dr gigitan nyamuk.
Sumber rujukan :-

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)