Enjoy shopping & crafting with us..

Wednesday, October 12, 2011

Berita Pilihan : 45,000 Orang Muda Muflis!

Salam kepada semua...
Korang ada baca tak berita hari ni. Macam2 berite yang happy, sedih, geram... Lumrah dunia kn. Tapi dalam banyak2 berita yang aku baca, ada satu berita dari Kosmo Online . Tajuk berita pilihan hari ni 45,000 ORANG MUDA MUFLIS. Ngeri lak bl baca tajuk berita ni. Apa lak korang rasa?
Utk senang'n korang, saya copy & paste berita ni ek... Almaklumlah, blog i ni kan mesra pengguna...hehehehe...

 Kosmo : 45,000 Orang Muda Muflis
SUBANG JAYA - Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.
"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.

Takut kn...? Lepas ni kita kena beringat la kalau berbelanja ni. Beli mengikut keperluan je...
Semoga kita tidak tergolong dari golongan ni kan. Amin...

*** Sumber petikan :- Kosmo online (12.10.2011)

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)