Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, January 27, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Nisa.

Assalamualaikum...
Entry kali ni agak special sikit. Kami telah menerima dgn jayanya gambar headband dari salah seorang customer kami, Nisa. Terima kasih sangat2 Nisa sebab sudi share gambar Zara bersama kami... Kami still menunggu gambar2 dari customer kami yang lain. Please, email kan gambar2 tu kat kami. Nak masukkan dalam blog ni... Glamour pe...!!!
Nisa order pada kami headband untuk anaknya yang diberi nama Zara. Untuk pemilihan warna adalah 100% pilihan Nisa sendiri. Nisa memang pandai menggabungkan warna. Gempak r...
Ini adalah headband yang telah kami siapkan khas untuk Nisa & anaknya Zara... Untuk pemilihan warna bunga, Nisa memilih kod R02 & R06... Manakala tulisan pula menggunakan kod warna P03 & background pula kod warna R05... Semuanya korang boleh rujuk link kod warna kami. Untuk headband tampak lebih cute, kami hiaskan bunga dengan butang ladybird. So sweet kan....
Ini kami sajikan gambar Zara bersama headband pertamanya dari kami...
alahai nyenyaknya tidur...

Chewah kenyit2 mata lak
dah sedar dah...

masa untuk ber posing!!!
Cantik Zara ni, sungguh comel... Kecil2 lagi dah pandai bergaya, besar nanti lagi gempak ek... Sampai senget2 kelopak bunga tu... hehehehe...
Anyway, terima kasih yang tak terhingga kepada Nisa kerana sudi menggunakan khidmat kami. Semoga Nisa sekeluarga berpuas hati. InsyaAllah, nnt kita boleh berurusan lagi...
Dan kepada korang semua, apa tunggu lagi??? Just tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum promosi kami melabuhkan tirainya. Mana nak dapat koleksi ni dengan harga yang SEMURAH ini??? Mana nak dapat produk TERCANTIK ni dengan harga SEHEBAT ini???
Korang bolehlah isi ORDER FORM yang telah kami sediakan untuk membuat sebarang tempahan. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan koleksi kami, korang boleh hubungi kami melalui FB, email & ruangan komen dalam blog ni...


Enjoy shopping with us....

Saturday, January 21, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Kak Midah.

Assalamualaikum...
Maaf kerana kami lama tidak update. Kami langsung tidak berkesempatan. Just dapat update status di FB sahaja. Ini kerana kami hendak pastikan semua tempahan yang kami terima siap & dapat di pos tepat pada masanya. (sweetnye kan....)
Kali ni kami update tempahan yang telah siap iaitu KEYCHAIN... Tempahan ini kami terima dari Kak Midah. Sebelum ni Kak Midah ada tempah keychain juga & ini adalah tempahannya yang kedua. Alhamdulillah, Kak Midah berpuas hati dengan hasil jahitan kami.
Firstly, ini adalah gambar semasa proses siap kira-kira 25%... Paling rumit & cerewet adalah semasa menjahit tulisan nama untuk setiap keychain. Pada masa ni, keychain bentuk panjang empat segi kami tidak gunting lagi...hehehehe...

Then, inilah hasilnya. Empat keychain bentuk hati dengan pelbagai warna & hiasan namun menggunakan konsep yang sama iaitu reben & butang sebagai hiasan. Ini adalah keychain pertama kami menggunakan konsep begini. Cantik kan???? Keychain ini adalah kepunyaan WAWA, AIN, FAEZAH & WAN... Mereka adalah buah hati, pengarang jantung kepada Kak Midah...
keychain utk WAWA
keychain utk AIN
keychain utk FAEZAH
keychain utk WAN
Amacam, cantik tak? Mesti korang semua terpegun kan??? hehehehe... Jom kita view ke empat-empat design keychain ni...



Keychain cantik ni kami silangkan rebennya. Di tengah2 titik pertemuan reben ni kami jahitkan reben pintal & hiaskan butang coklat gelap.


Keychain ini pula kami just hiaskan single line reben sahaja. Kemudian reben pintal serta butang coklat gelap tetap sebagai penaik seri keychain ini.


Keychain yang ini kami jahitkan dengan double line pula. Memang sweet sangat. Di tengah-tengah line tersebut kami hiaskan dengan reben pintal & butang coklat gelap juga.


Keychain ini pula lain dari lain. Kami just silangkan reben tersebut. Reben pintal & butang coklat gelap kami jahitkan di side belakang keychain tersebut. Simple & sweet!!!!





Bukan itu sahaja, Kak Midah juga tempah dari kami keychain panjang empat segi. Kak Midah mahukan keychain yang simple sahaja tetapi warna menarik. So, kami siapkan keychain seperti di bawah :-
Ni bahagian depan
Ni bahagian belakang
Cantik tak? Okeylah, ini semua tempahan keychain yang kami siapkan untuk Kak Midah. Korang pula camne? Tak terpikat ke?
Kalau korang terpikat & ingin dapatkan keychain macam ni, dengan lapang dadanya korang penuhkan detail2 korang di ORDER FORM di bawah. Jika ada sebarang kemusykilan berkaitan dengan koleksi kami, korang bolehlah hubungi kami melalui FB, email & ruangan komen di blog kami... Kami tunggu tempahan dari korang...!!!

Enjoy shopping with us....

Friday, January 13, 2012

Makluman Penting...

Salam semua...
Ini adalah satu makluman yang kami terpaksa umumkan secepat mungkin. Ini kerana kami menerima tempahan HEADBAND yang di luar biasa. Maka, oleh itu kami terpaksa hentikan tempahan headband yang menggunakan GETAH HEADBAND yang cute ini. 
GETAH HEADBAND ni out of stock
Kami betul2 minta maaf atas segala kesulitan ini. Namun, korang boleh membuat tempahan headband lagi melalui kami. Tetapi GETAH HEADBAND yang lain kami gunakan. Ini bukan sebarangan getah headband tetapi getah yang berkualiti, texture halus & tahan lasak. Semua ini telah terbukti dengan tempahan yang berlipat kali ganda yang telah kami terima.
AVAILABLE
contoh GETAH HEADBAND wrna hitam, saiz 5.5cm
Kami perkenalkan 2 saiz :-

a) Saiz 4cm - sesuai di gunakan kepada baby berumur 2 tahun & ke bawah. (warna : hitam)
b) Saiz 5.5cm - sesuai di gunakan kepada baby@kanak-kanak berumur 2 tahun & ke atas. (warna : hitam & putih).

Kelebihan getah headband ini ialah ianya memang benar-benar tahan, halus & amat sesuai di padankan kepada baby dan kanak-kanak... Memang korang akan puas hati...

Enjoy shopping with us....

Handmake Craft : Tempahan dari Puan Saadiah.

Assalamualaikum...
Kami kembali lagi dengan koleksi yang cukup hebat. Pada hari ini juga kami post kan koleksi keychain kami yang telah di tempah oleh Puan Saadiah a.k.a Cik (panggilan kami pada beliau). Kenapa panggil Cik? Sebabnya walaupun beliau bergelar puan namun beliau tetap ceria & muda... hehehehe... (awet muda tu... kena minta petua ni...)
Koleksi keychain pada kali ni agak simple tapi unsur-unsur menarik & cantik serta bermutu tetap menjadi keutamaan kami.

Bahagian Depan Keychain.

Ini adalah keychain yang telah kami siapkan. SYAFIQAH nama yang agak panjang, so Cik memilih untuk menggunakan keychain berbentuk segi empat panjang. Untuk mendapatkan bentuk yang lebih exclusive, kami menjadikan bentuk segi empat tersebut kepada mengikut lengkok tulisan tersebut... Sungguh menarik!!!

Bahagian Belakang Keychain.

Ini pula adalah pandangan dari bahagian belakang keychain tersebut. Cik mahukan yang simple sahaja, tak sesak sangat. So kami jahit manik bunga diatas felt bebentuk bunga. Kami tambahkan seri dengan jahitan bintang dan alur yang nampak sweet...

Korang berminat untuk memiliki keychain seperti ini. Kami promosikan kepada anda dengan harga hanya RM 4.00 sahaja. Semuanya hanya di hujung jari anda sahaja. Isikan ORDER FORM dan submit kepada kami.
Korang juga boleh hantar komen di ruang komen di blog, FB dan email. Keep in touch with us... Kami akan cuba memberikan khidmat yang terbaik untuk korang semua...

Enjoy shopping with us....

Thursday, January 12, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Kak Midah.

Assalamualaikum semua...
Apa khabar? Diharap korang semua happy di pagi2 yang cerah ini. Sepanjang bulan ni kami kena OT sebab nak kejar due date tempahan yang telah kami terima. Time rezeki datang melimpah2 ni, kena kerja kuat. Duit & rezeki tidak datang bergolek melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa merungut... Ye tak???
Kalau sebelum ni kami banyak terima tempahan headband (sekarang pun tempahan headband sentiasa bersilih ganti...) tapi kali ni kita ubah angin sikit. Untuk pengetahuan korang, koleksi kami yang lain juga mendapat sambutan yang amat baik namun kami masih menunggu turn untuk update dalam blog ni.
Keychain juga mendapat sambutan hangat dari customer kami. Ada yang nak design simple, ada lak yang nak design lain dari lain. So, hari ni kami update salah satu keychain yang telah kami siapkan.

Abang Leman a.k.a suami Kak Midah
Kak Midah a.k.a isteri Abang Leman
Keychain ni bukan ada dua tau tapi just 1 je... Bahagian depan adalah nama Kak Midah manakala bahagian belakang pula nama Abang Leman. So sweet... Lebih kurang 2 hati menjadi 1... chewahhhhhh...


Pada korang yang teringin keychain seperti ini, jangan tangguh2 lagi. Just isi ORDER FORM & submit kepada kami.

Ini adalah antara jawapan kepada sesetengah soalan yang kami terima :-
- Bentuk adalah tidak terhad. Maknanya kalau korang nak bentuk bintang ke, bulat ke, segitiga ke, panjang ke, apa2 bentuklah, just inform kami... InsyaAllah kami cuba jadikan ia satu realiti yang bermakna untuk korang.
- Untuk pilihan warna juga, kami tidak terhadkan. Semuanya di hujung jari anda (rujuk kod warna kami).
- Bilangan huruf pun mainkan peranan. Sebagai contoh, bentuk HATI ni (mcm di atas), paling maximum 5 huruf je yang sesuai. Kalau lebih, di nasihati menggunakan bentuk yang lain... Kalau banyak sangat, tak cantik!

Okeylah, kalau korang berminat jangan lupa isi ORDER FORM di bawah. Ada apa2 kesulitan berkaitan dengan koleksi kami, korang boleh hubungi kami di FB, email & ruangan komen yang di sediakan. Semuanya hanya di hujung jari, cukup mudah!!!

Terima kasih kerana menyokong kami...

Enjoy shopping with us....

Wednesday, January 11, 2012

Pilihan Warna.

Ini adalah antara pilihan warna yang kami offer kepada korang. Kalau korang nak mana2 design koleksi kami, korang just masukkan kombinasi warna apa yang korang suka di ruangan di ORDER FORM. Korang specify kan nak macam mana.
Sebagai contoh :-

Koleksi - HEADBAND (spt headband tempahan hanie)
Warna :-
1) Tulisan - Selang seli R02 & R05
                     Background G03
2) Bunga -  Warna R02 & R05
3) Getah Headband - Hitam

Kalau korang ada sebarang kesulitan berkaitan dengan proses & koleksi kami ni, just contact kami di FB, email & ruangan komen di blog ini. Kami sedia menolong korang...

Enjoy shopping with us...

Saturday, January 7, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Kak Su.

Assalamualaikum...Selamat pagi semua. Kali ni kami ada banyak koleksi yang hendak di update dalam blog ni. Mana2 tempahan yang telah kami siapkan, kami cuba untuk update secepat mungkin dalam blog ni. Pada pagi yang agak terang ni, kami nak share dengan korang koleksi headband kami yang di tempah oleh Kak Su untuk anak tunggalnya Mya... Simple je headband ni tapi cantik...

Headband untuk MYA...
Selalunya customer kami lebih suka menggunakan bunga mawar sebagai pelengkap headband. Tapi kali ni Kak Su menggunakan keberanian & keinginan lain daripada yang lain iaitu menggunakan Bunga Mawar! Kami jahitkan juga daun supaya headband itu lebih berseri. Memang lain daripada yang lain & cukup menarik... Setuju tak???


Pada korang yang lain, apa tunggu lagi. Tempahlah sekarang. Just isi ORDER FORM kami & kami pastikan korang semua berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
Any comment, just taip di FB & ruangan komen di bawah...


Enjoy shopping with us...

Friday, January 6, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Kak Ira.

Assalamualaikum...
Hai kawan2 semua. Apa khabar? Salam Tahun Baru... Maaf kami dh lama tak update FB dan blog ni... Banyak sebabnya... Main problem, kami busy sgt2... Sejak kami lancarkan BOM PROMOSI Y.E.S ni, tidak henti2 order kami terima... Alhamdulillah...
2nd main problem kami, internet lak wat hal... Geram betul! Dah bayar pun boleh buat perangai lagi... 3rd main problem lak, kami ngah dalam proses tukar opis...hehehehe...
Okeylah, kali ni kami nak update pasal tempahan yang telah kami siapkan. Ini adalah tempahan dari Kak Ira. Sebelum ni Kak Ira ada order headband juga & ini adalah order susulan... Cuma kali ni, Kak Ira tempah 4 headband terus... Kami bangga dapat customer macam Kak Ira... Terima kasih Kak Ira...

1) Headband khas untuk QASEH.
Kali ni kami menerima tempahan headband yang kebanyakannya untuk baby di beri nama QASEH...! Nama ni memang sweet & suka di dengar & di sebut. betul tak??? (mcm nama blog kami jg... senang di sebut & suka di dengar!!). Getah headband warna hitam menjadi pilihan & bunga mawar di jadikan perhiasan di tepi. Cukup sempurna!

2) Headband khas untuk CHINTA.
Chinta... Nama yang semakin menjadi sebutan selepas QASEH... Kali ni menggunakan konsep yang sama. cuma warna bunga sahaja berlainan. Namun, tetap menarik & nampak gah! Pasti Chinta akan menjadi tumpuan ramai...

3) Headband khas untuk ALYA.
Headband untuk Alya juga sama konsepnya dengan headband QASEH & CHINTA. Cuma pada kali ini pemilihan warna untuk nama & bunga berlainan. Pemilihan warna pada nama ALYA menampakkan tulisan tersebut timbul & cantik... (QASEH & CHINTA pun nampak timbul juga...perasan tak???). Butang di tengah2 bunga kami memilih kombinasi putih + jingga supaya lebih nampak menonjol... Menarik sangat2!!!

4) Headband khas untuk HANIE.
Headband yang terakhir tempahan dari Kak Ira pula ialah untuk HANIE. Still dengan konsep yang sama & pemilihan warna yang berlainan. Namun pemilihan yang cukup bijak dari Kak Ira. Sekali tengok, terasa macam nak pegang & pakai je..hehehe..

Amacam? Cantik tak koleksi kali ni. Harap korang akan lebih teruja & dengan produk kami pada kali ini. Jangan lupe, promosi kami masih terbuka sehingga 31 JANUARI 2012... Korang bolehlah membuat tempahan dari kami sementara peluang masih terbuka luas...
Jika perlukan sebarang jawapan pada kesulitan korang, bolehlah join FB kami, email kami & taip di ruang komen. InsyaAllah kami akan cuba merungkai apa yang membuat korang serabut tu...
Nak buat tempahan? Just fill our ORDER FORM... So easy...

Enjoy shopping with us...