Friday, February 10, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Hazana.

Assalamualaikum...
Agak lama kami menyepi... Bukannya menyepi kosong tapi kami busy sikit untuk menyiapkan tempahan customer kami yang lain... Alhamdulillah, customer sentiasa support koleksi kami... Terima kasih kepada semua...
Kali ini kami update tempahan headband yang telah kami siapkan. Tempahan ini kami terima dari Hazana. Ini adalah antara gambar yang sempat kami rakam. Selebihnya kami masih menunggu Hazana emailkan kepada kami. Tidak sabar untuk melihat puteri2 Hazana memakai headband tersebut. Mesti cantik!!!! Kami akan update setelah menerima gambar tersebut. Korang just tunggu berita baik ini dari kami...

Headband untuk Damia.

Untuk tempahan ini, Hazana memilih headband yang berwarna ceria & menyerlah. Memang sesuai untuk kanak2 supaya mereka lebih menyerlah & aktif. Satu pemilihan warna yang tepat! Bagi korang yang ingin menjadikan rujukan pemilihan warna dari Hazana ini, kod-kod warna adalah seperti berikut :-
Getah headband                 : Hitam
Pemilihan Bunga                : Bunga Melur.
Pemilihan Warna Bunga   : P03 + R06
Pemilihan Warna Tulisan : P03 + R06
Background Tulisan          : G03

Headband untuk Fathia.

Headband ini 1st time kami menggunakan warna berunsurkan biru & ungu... Anyway, memang menyerlah & kami mendapat beberapa lagi tempahan headband serta keychain yang ingin menggunakan gabungan warna yang sama. Hazana juga cukup berpuas hati dengan hasil kerja kami ini...
Ini kod warna headband Fathia :-
Getah headband                 : Biru lembut.
Pemilihan Bunga                : Bunga Melur.
Pemilihan Warna Bunga   : B02 + P05
Pemilihan Warna Tulisan : B02 + P05
Background Tulisan          : B05

Tujuan kami sertakan kod warna bagi setiap headband ini adalah untuk permudahkan korang bayangkan & membuat pemilihan warna korang. Sebabnya kebanyakan customer yang kami terima, mereka agak ragu2 warna yang sesuai untuk di pilih. Tips dari kami, korang just pilih warna kegemaran korang, namun jika kami gabungkan & dapati warna kurang sesuai, kami akan inform pada korang... Kita boleh discuss...
Baiklah, korang bolehlah ringankan jemari korang untuk memenuhi ORDER FORM kami... Kami akan cuba memenuhi permintaan korang. Jika korang ada sebarang kesulitan berkaitan koleksi kami, bolehlah hubungi kami di email, FB & ruangan komen di blog ini...

Enjoy shopping with us....

Wednesday, February 1, 2012

JUALAN RUNTUH!!!!!

Assalamualaikum...
Pada hari ini, tamat sudah PROMOSI YEAR END SALE (Y.E.S) dari kami. Terima kasih kepada semua yang support kami sehingga kini. Kami bersyukur dengan penghargaan dari korang semua. So, start hari ini juga semua koleksi kami kembali ke harga lama. InsyaAllah lain kali kami akan cuba lancarkan promosi lagi. Korang kena selalu keep in touch dengan kami untuk mengetahui perkembangan terbaru...
Di sini kami sertakan harga bagi koleksi kami untuk rujukan korang semua. Di harap ia dapat membantu korang membuat pilihan.

1) HEADBAND
Kami mempunyai pelbagai patern headband. Yang pasti headband yang kami keluarkan adalah yang terbaik dari yang terbaik. Fabric yang kami gunakan juga tahan lasak & tahan lama... So korang tak perlu risau kalau anak korang lasak. Harga yang kami tawarkan untuk headband ini bermula RM 15.00 ~ RM 25.00/unit. Harga bergantung kepada bilangan kuntum bunga & huruf...
*** Jika bilangan huruf 6 & lebih, RM 0.50 akan di charge.
*** Jika bilangan bunga di tambah, maka RM1.00 akan di charge.
 
2) KEYCHAIN
Keychain pula kami ada banyak pilihan juga. Macam2 bentuk korang boleh request. Untuk harga keychain kami tawarkan hrga bermula dengan RM 3.50/unit sahaja. Ini antara keychain yang telah kami siapkan. Jamu2lah mata ek...
***Jika bilangan huruf 6 & lebih, RM 0.50 akan di charge.

3) BROOCH
Brooch ni kami jahit 100% menggunakan tangan kami yang berbakat ni... hehehehe.. Buat masa ni kami menawarkan 2 jenis brooch :-
a) BROOCH BUNGA MAWAR : RM 4.00/unit
b) BROOCH BUNGA MELUR  : RM 3.50/unit

4) SARUNG HANDPHONE
Untuk sarung handphone yang comel ni, kami tawarkan kepada korang dengan harga serendah RM 15.00/unit sahaja. Ia bergantung kepada design & saiz sarung handphone korang. Contoh yang kami ada ini adalah yang paling simple tapi sweet! Korang boleh passing design korang sendiri & kami cuba jahit mengikut design korang.

5) KEYCHAIN HANDPHONE
Untuk keychain handphone ini saiznya kecil skit dari keychain biasa. Sesuailah jika hendak dipadankan pada handphone korang yang bergaya tu. Kami tawarkan dengan harga serendah RM 3.50/unit. Memang murah & menang di miliki...

Okey, semoga ini memberikan 1001 kemudahan kepada korang untuk membuat pilihan. Apa korang tunggu lagi, buatlah tempahan korang sekarang! Jika korang ada sebarang kesulitan berkaitan dengan koleksi kami, just hubungi kami melalui FB, email & ruangan komen di blog ini.
Untuk tempahan melibatkan kuantiti yang banyak, sila buat tempahan awal. InsyaAllah harga masih boleh di runding. Takkanlah kami tak bagi discount kan... Kami akan pastikan korang untung membeli & kami puas hati menjualnya...
Kami sentiasa bersedia menanti tempahan anda...

Enjoy shopping with us....