Saturday, March 17, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Siti Nur Hanisah.

Assalamualaikum...
Sekejap je dah masuk bulan Mac 2012. Tak sangka ek... Maknanya sudah lama kami tidak berkesempatan update blog kami. Busy skit, biasalah kalau dah business. Nak kena bahagiakan masa dengan kerjaya & business. Bukannye senang... Memang kadang kala kami agak kelam kabut...
Baiklah, kesempatan yang kami ada ini kami gunakan sebaiknye untuk update blog ni. Kali ni kami update HEADBAND yang telah di tempah oleh Pn. Siti Nur Hanisah Binti Bashah. Headband ini adalah hadiah untuk puteri kesayangannya AQILAH...

Ini adalah headband yang telah kami siapkan khas untuk Aqilah. Cantik kan??? Memang pemilihan warna yang menyerlah... I like...!!!
Jika korang suka headband ni, kami sediakan kod-kod warna untuk rujukan korang.
 
(1) GETAH HEADBAND :-
- menggunakan fabric yang lembut & sesuai untuk semua peringkat umur.
(2) BUNGA MAWAR :-
- menggunakan 100% jahitan tangan & di hiasi dengan sebutir mutiara.
- kod warna yang digunakan : R01 + P06
(3) TULISAN :-
- background tulisan kami menggunakan kod warna : G03.
- tulisan pula menggunakan kod warna : P02 + R02

Jika korang berminat untuk membuat tempahan bersama kami, sila isi ORDER FORM di bahagian bawah blog kami ni. Kami akan pastikan kami memberikan korang yang terbaik & koleksi kami yang bermutu. Korang juga boleh hubungi kami melalui email, FB & ruangan komen di blog kami...
Jangan tunggu lama-lama, nanti di ambil orang....!!!

Enjoy shopping with us....