Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, April 16, 2012

Handmake Craft : Keychain Cutey Bird.

Assalamualaikum...
Rindu rasanye hendak update blog. Jari jemari & ingatan ni memang sentiasa kepada blog. Tapi banyak betul dugaan kami. Dengan masalah internet lagi, dengan masalah masa lagi. Almaklumlah, order yang kami terima memang di luar jangkaan kami. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya. Terima kasih kepada semua customer kami kerana sokong & percaya pada bakat kami (chewaaahhhh....)!!!!
Bila sudah lama tidak update blog, maknanya beratur lah koleksi kami menunggu turn untuk di perkenalkan & di popularkan dalam blog ni. Kami kenalah bahagikan masa kerana sambil update, tangan pun kena bekerja menyiapkan order-order yang lain.
Kali ni koleksi yang cukup berharga di mana ianya di jahit 100% menggunakan 'air tangan' seorang lelaki idaman Malaysia iaitu suami ku... hehehehe... Dia menjahit keychain burung ni dari start lakaran di kertas hinggalah gambar siap di ambil... He made me proud! Kami namakan koleksi kali ni sebagai Cutey Bird Keychain...

Yang ni Cutey Bird Jantan...
Yang ni lak Cutey Bird Betina
Camne? First time tengok memang dah suka sangat-sangat. Hingga saat ini, kami menerima beberapa lagi tempahan keychain burung ini. Ada yang nak gabungan bermacam-macam warna. Memang meriah & heboh r....
Kami juga kahwin kan 2 ekor burung ni... Gambar majlis perkahwinan yang sempat kami rakamkan khas untuk korang...hehehehe...


Sweetnye kan? Kalau korang berminat untuk menambah & menjadikannya sebagai koleksi keychain korang, so jangan tunggu lagi. Kami sentiasa bersedia memberikan yang terbaik untuk korang... Tempahlah sekarang!!!!
Jika korang ada sebarang kesulitan, bolehlah contact kami melalui ruangan Facebook kami, email qasehmuslimah.munirah@gmail.com & ruangan komen di blog kami ini... Kami akan cuba bagi respond dalam masa 24 jam...
Oklah, kita jumpa lagi di masa akan datang bersama koleksi-koleksi terhebat kami yang lain pula.


Enjoy shopping with us.....