Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, February 25, 2013

Handmake Craft : Tempahan Keychain Dari Kak Midah.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Sebelum kami start entry ni panjang lebar, kami ingin ucapkan terima kasih kepada semua customer kami yang sentiasa menyokong kami, followers kami & rakan2 blogger yang lain. Rating kami pada tahun ini agak memberangsangkan. Alahmdulillah.. (^^) Oklah,bila tgk je tajuk entry hari ni, korang mesti cakap 
"Kak Midah lagi? Banyaknya die beli... Biar betul!" 
Tapi memang betul pun... Kak Midah banyak membuat tempahan kepada kami. Tempahan- tempahan itu datangnya dari customer mereka sendiri sebab Kak Midah & family adalah dealer kami yang paling laris jualannya! ~thanks Kak Midah~

Ini adalah keychain yang telah kami siapkan untuk Kak Midah berdasarkan tempahan yang di terima. Khas untuk korang jadikan rujukan nanti..

Keychain HP 'AUS & KIERA'
Keychain 'ADIQ & KHAI'
Keychain HP 'LOLITA'
Keychain 'LOGA & PRIYA'
Keychain 'PUTERI & DAUS'
Keychain 'PEOL & JIHO'
Keychain 'ADIK & KAKAK'
Keychain 'MAYON & EYKA'
Keychain 'ATIN & JOE'
Keychain HP 'LOLITA &YN'
Banyak tak? Jangan terkejut lak, sebenarnya ada lagi. Itu kami akan masukkan ke entry akan datang bila semuanya sudah get ready!
Untuk pemilihan warna adalah 100% daripada pemilihan customer. Kalau kami rasa pemilihan warna agak tidak sepadan, barulah kami akan discuss balik untuk membuat pertukaran ataupun tidak.
1 tips dari kami, kalau korang hendak membuat keychain & keychain HP berbentuk LOVE macam ni, pastikan nama yang akan di jahit tidak terlalu panjang sebab nanti kurang cantik! Percaya lah...

Oklah, kalau korang ingin membuat tempahan, just isi ORDER FORM kami. Tapi jika ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami melalui FB@page, email qasehmuslimah.munirah@gmail.com & ruangan komen di blog ini...

Enjoy crafting & shopping with us...

Thursday, February 21, 2013

Handmake Craft : Tempahan Headband dari Dina.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk berada di bumi-Nya lagi pada hari ini. Kami juga bersyukur sangat2 kerana semakin hari business kami semakin di kenali & mendapat perhatian semua... Terima kasih sangat2 (^^)

Pada hari ni, kita tutup buku untuk keychain. Kita buka lembaran baru iaitu Headband. Rasa banyak sangat entry tentang keychain sejak akhir-akhir ni. Korang jangan rasa bosan lak... Dah itu yang customer kami order, so kami hasilkan dengan 100% kesungguhan! ~chewahhh~

Headband ini adalah tempahan dari Dina (FB : Dna Meyer ). Si gadis lincah ni mahu hadiahkan headband ni kepada anak buahnya. Sebelum ini ada entry kami buat sempena tempahan keychain HP & cenderamata dari Dina... jom flashback balik =)

2) Keychain HP Couple : Tempahan Dari Dina.

Headband pilihan Dina adalah bertemakan ungu & biru. So, kami cuba matching kan kedua-dua warna tersebut. At the end, inilah hasilnya --->

 Walaupun simple tapi tetap menyerlah! Jom kita zoom dekat sikit...

Kami jahit di setiap perincian. Dari serumit-rumit huruf hingga ke bunga! Sebabnye? Sebab kami mahu pastikan setiap koleksi kami tahan lama & berkualiti tinggi. InsyaAllah, seganas-ganas mana pun baby tu, bunga & tulisan tu tidak akan dapat mereka pisahkan dari getah headband! hehehehee...
Kain felt & getah headband yang kami pilih pula adalah lembut & tidak akan menyakitkan baby korang. Janganlah risau & ragu2...

time ni umur baby br bbrapa hari itu nmpk 'menyerlah' sgt headband tu
Oklah, kalau korang hendak membuat sebarang tempahan, boleh terus isi ORDER FORM kami di dalam blog ni. Tapi kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh PM kami. Boleh juga contact kami melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com, FB/page & ruangan komen dlm blog ni. InsyaAllah kami akan cuba bagi feedback dalam masa 24 jam...

Enjoy crafting & shopping with us.... 

Monday, February 18, 2013

Handmake Craft : Tempahan Casing Harddisk dari Maisarah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Salam hari Isnin... Bila hari Isnin je badan ni rasa macam berat2 je nk gerak a.k.a MALAS!!! (^^) Tapi bila fikir-fikir balik, sampai bila nak malas? Kalau malas nanti, rezeki pun malas nak masuk... Ye tak???

Walaupun hari ni rasa kurang sihat sikit tapi kerja tetap di teruskan. Blog & page tetap kena update! Kerja menjahit tetap kena jalankan walaupun sekejap-sekejap. Kalau asyik layan sakit ni, makin sakit jadinya... ~for me la...~

Oklah, ingat tak tentang casing Harddisk di entry lepas. Kami terima banyak tempahan tapi kami tak sempat hendak prepare entry untuk semua tempahan tu. Mengikut turn masing-masing la ek...

Casing Harddisk ni, customer kami nak sebijik macam design special gift yang lepas. Cuma kami tukarkan manik kepada kelopak bunga je & serikan dengan butang bentuk 4 segi... Tetap cantik & simple!!!
Bahagian depan Casing Harddisk Burung Hantu!
Untuk bahagian belakang pula, kami tidak biarkan kosong. Siap ada tag untuk HAK PUNYA lagi tau..! Memang terbaik dari ladang...hehehehe
Tag HAK PUNYA... xde sapa berani cilok
Casing Harddisk ni sudah pun selamat sampai kepada tuannya. Kami minta maaf kerana kualiti gambar agak kurang baik. Maklumlah, time tu kami tak sempat nak setting & prepare apa2... Lagipun customer kami ni duduk jauh nun Cyberjaya! Semoga Puan Maisarah berpuas hati 100% dengan hasil tangan kami...

Kepada korang yang juga berminat, bolehlah fill ORDER FORM kami... Gambar Burung Hantu tu bukannya fixed, korang boleh request apa2 gambar sekali pun tapi biarlah gambar yang berunsurkan perkara baik... Faham kan?? 

Kalau ada sebarang persoalan, bolehlah contact kami melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com, page @ FB dan ruangan komen di blog ini...

 Enjoy crafting & shopping with us....

Friday, February 15, 2013

Keychain Untuk Diri Sendiri!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sudah beberapa hari asyik menjahit je, siapkan tempahan customer. Badan pun rasa lenguh2, jari pun terasa sakit...pedih... ~sebab tercucuk jarum!~
So hari ni, lepas email Invoice@WorkOrder customer, tiba-tiba pulak rasa macam teringin jahit keychain felt untuk diri sendiri! Asyik jahit orang lain punya je... Rupa-rupanya untuk diri sendiri pun tidak ada lagi...

Pernah tak jadi pada korang keadaan macam ni????

So, start la cari pattern keychain untuk diri sendiri. Pilih warna kain felt... Ambil jarum, masukkan benang &&&&&....

Inilah Hasilnya!!!!!!!!!!

Terus sangkut kat beg. Saja je pilih beg merah ni sebab selalu kalau husband bawa jalan-jalan, beg ni yang menjadi pilihan. Kalau selalu pakai, InsyaAllah ada yang bertanya pasal keychain ni... ~strategi pemasaran...ye tak??~

Enjoy crafting & shopping with us...

Wednesday, February 13, 2013

Handmake Craft : Tempahan Keychain Dari Kak Midah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Hari ini majoriti dah start kerja setelah lama bercuti Tahun Baru Cina. Macam kami jugalah tapi kami sentiasa bekerja, tidak tentu masa. Selagi tempahan kami terima, selagi itu kami cuba untuk penuhi & sentiasa bekerja keras!
Pada kali ni, kami update keychain yang telah di tempah oleh Kak Midah. Beliau adalah antara regular customer kami. Mereka juga antara agen kami. Terima kasih Kak Midah & family kerana still support kami & memilih perkhidmatan kami!
Ini antara keychain yang telah kami hasilkan. Semoga Kak Midah berpuas hati & kita dapat bekerjasama lagi di lain hari.

Keychain 1 : Keychain Kamal & Ahmad
Keychain 2 : Keychain Iesya & Amer
Keychain 3: Keychain Perak & Kelantan
Keychain 4 : Keychain Syairah & Noruh
 Ini antara tempahan Kak Midah. Still ada lagi cuba menunggu turn untuk kami post kan entry mereka.
 Semoga korang mendapat ilham & idea untuk tempahan korang pula nanti. Kami bersedia 100% untuk menerima tempahan dari korang! Jika korang berminat & ingin discuss tentang harga keychain seperti ini, bolehlah PM kami.
 Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di email qasehmuslimah-munirah@gmail.com, di page@FB & di ruangan komen di blog ni...

Enjoy crafting & shopping with us....

Sunday, February 10, 2013

Selamat Hari Jadi Hafiz...!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa plan untuk cuti ni? Ada yg just nk lepak umah & ada yang ambil masa untuk bersantai bersama keluarga kan... Sekali sekala meluangkan masa bersama keluarga, dapat pahala juga.
Pada kali ini, kami hendak share dengan korang 1 lagi koleksi kami. Memang cukup istimewa koleksi kami pada kali ini sebab ia adalah hadiah dari kami kepada MOHD IZWAN HAFIZ iaitu anak buah kami yang bulat & nakal!
25 Jan 2013 lepas, genab usianya 3 tahun. So, kami suami isteri berpakat untuk hadiahkan dia barangan yang kami hasilkan sendiri. Walaupun tidak mahal & besar macam hadiah-hadiah Hafiz yang lain tapi kami harap Hafiz happy dengan hadiah Pakngah & Makngah bagi ni. Dengan harapan Hafiz always happy & terdidik sebagai seorang yang soleh!

No. 3 tu tandanya Hafiz dah 3 Tahun!
Burung Hantu ni kami siapkan dalam masa 2 hari sebelum balik Kota Bharu. Di sebabkan Hafiz suka sangat pada keychain burung (~ala, keychain tempahan untuk POLISAS tu~) so kami siapkan Burung Hantu ni. Cuma kami sisipkan reben sebagai penggantung. Manalah tau kot2 nk gantung di tepi katil ke, di dalam kereta ke, nk bawak jalan2 ke, ke mana-manalah...

Bahagian belakang kami jahit nama 'HAFIZ'
Kami masukkan fibre dalam Burung Hantu tu supaya terasa lebih lembut. Kain Felt pun kami just pilih yang lembut sahaja. So, tidak akan memudaratkan anak korang kalau mereka nak main! Tambahan lagi, saiz burung hantu ini sebesar tapak tangan je. Tidak menyusahkan untuk di bawa & di simpan di mana-mana.
Kalau korang pun berminat, bolehlah buat tempahan sekarang! Bukan hanya terhad untuk Burung Hantu je, korang boleh request bentuk lain juga. Just isi ORDER FORM di blog kami ni.
Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah contact kami melalui email kami qasehmuslimah.munirah@gmail.com, FB kami & ruangan komen di blog ini juga.

Enjoy crafting & shopping with us....

Thursday, February 7, 2013

Keychain Untuk Warga POLISAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua...

Maaflah, kami kurang update FB & blog sejak kebelakangan ni. Biasalah, masalah teknikal yang tidak boleh di elakkan. Masalah memang sampai mati pun tidak akan habis! Sama jugalah kalau kerja. Tapi apa2 pun, just ingat 1 fakta ni, DIA beri kita masalah kerana DIA sayangkan kita, betul tak??? (^^)

Baiklah, kita tinggalkan tentang itu. Kalau di ikutkan sekarang ni kami agak busy siapkan barangan doorgift kahwin! Maklumlah, sekarang kami telah di beri kepercayaan untuk menyiapkan doorgift pula. Ini bermakna, hasil tangan & idea kami di terima baik oleh segenap lapisan. Perniagaan & hasil kreativiti kami berkembang lebih baik... InsyaAllah...

Namun, pada kali ni kami nk share dengan korang keychain yang kami hasilkan untuk penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Pada mulanya kami hendak hasilkan keychain logo POLISAS tapi permintaan dari penuntutnya sendiri mahukan keychain yang cute & comey!

Keychain bentuk rama-rama ini kami datangkan dengan corak yang simple tetapi tetap tampak cute! Agak remeh untuk menjahit keychain ini. 1 keychain ni mempunyai 3 layer..!

Yang ini pula keychain Burung Hantu & Ikan Paus! Kami gabungkan dengan warna-warna yang ceria agar menghasilkan keychain yang ceria & colourfull!

Ini antara koleksi keychain yang kami hasilkan khas buat warga POLISAS. Bukan just 6 unit ni je. Ini adalah sebagai contoh untuk share kat korang! Keychain HP pula kami tidak sempat ambil gambar kerana masa yang tidak mengizinkan ~ betul tak Fifi???~
 
Kalau korang turut berminat, just PM kami. Boleh juga contact kami di email qasehmuslimah.munirah@gmail.com, melalui FB kami & ruangan komen di blog. Yang paling senang, fill our ORDER FORM!

Enjoy crafting & shopping with us....  

Sunday, February 3, 2013

Handmake Craft : Keychain LHDN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Bulan Feb 2013 sudah menjelma. Bulan Jan 2013 sudah pergi meninggalkan kita. Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk berpijak di bumiNya & beribadat kepadaNya.. Amin...

Bulan Jan 2013 banyak memberi impak kepada kami di mana jualan handmake craft kami agak memberangsangkan! Tuan CEO pun tersenyum lebar!!! hehehehe... Harap2 boleh maintain sampai bila2... ~lagi bagus rating sales sentiasa naik kan!!! (^^)

Buah tangan kami & sebagai pembuka bulan Feb 2013 ni, kami nak share dengan korang koleksi kami yang terbaru. Kalau bulan lepas merupakan bulan keychain Telekom Malaysia Berhad (~thanks a lot staf TM Teluk Intan!), insyaAllah kami berharap pada bulan ni membawa tuah yang sama! Keychain Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang cute & terbaik dari kami! 

Keychain kali ini adalah tempahan dari staf LHDN Cyberjaya. Dia suka sangat dengan keychain TM so dia minta kami siapkan keychain LHDN kerana dia bekerja di situ. Alhamdulillah, dia berpuas hati... So, korang bila lagi???


Untuk keychain LHDN ni kami siapkan di hadapan dengan lambang LHDN manakala di bahagian belakang kami kosongkan. So, kalau korang hendak kami jahitkan nama ke, apa2 perkataan ke (yg indah2 lah kan...), insyaAllah kami boleh siapkan untuk korang... Keychain ni adalah 100% jahitan tangan tau...!

Untuk harga, korang boleh PM kami... Kalau ada apa2 kesulitan, just contact kami melalui email, FB & ruangan komen di blog ini...


ATTENTION :-
~ Special price untuk kuantiti tempahan 10 unit & keatas (so,kumpul member2 korang & tempahlah skrg!)
~ Kalau tiada masalah, korang email kan logo jabatan korang sekali.
~ Kalau tempahan korang melebihi 100 unit (contohnya utk family day ke, dinner ke, pe2 lah), tolong buat tempahan 2 bulan awal dari tarikh majlis...please....!!!! ~also Special Price for this order!!!~
~ Warna background tu boleh tukar kpd wrna yg korang suka...

Enjoy crafting & shopping with us....