Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, February 7, 2013

Keychain Untuk Warga POLISAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua...

Maaflah, kami kurang update FB & blog sejak kebelakangan ni. Biasalah, masalah teknikal yang tidak boleh di elakkan. Masalah memang sampai mati pun tidak akan habis! Sama jugalah kalau kerja. Tapi apa2 pun, just ingat 1 fakta ni, DIA beri kita masalah kerana DIA sayangkan kita, betul tak??? (^^)

Baiklah, kita tinggalkan tentang itu. Kalau di ikutkan sekarang ni kami agak busy siapkan barangan doorgift kahwin! Maklumlah, sekarang kami telah di beri kepercayaan untuk menyiapkan doorgift pula. Ini bermakna, hasil tangan & idea kami di terima baik oleh segenap lapisan. Perniagaan & hasil kreativiti kami berkembang lebih baik... InsyaAllah...

Namun, pada kali ni kami nk share dengan korang keychain yang kami hasilkan untuk penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Pada mulanya kami hendak hasilkan keychain logo POLISAS tapi permintaan dari penuntutnya sendiri mahukan keychain yang cute & comey!

Keychain bentuk rama-rama ini kami datangkan dengan corak yang simple tetapi tetap tampak cute! Agak remeh untuk menjahit keychain ini. 1 keychain ni mempunyai 3 layer..!

Yang ini pula keychain Burung Hantu & Ikan Paus! Kami gabungkan dengan warna-warna yang ceria agar menghasilkan keychain yang ceria & colourfull!

Ini antara koleksi keychain yang kami hasilkan khas buat warga POLISAS. Bukan just 6 unit ni je. Ini adalah sebagai contoh untuk share kat korang! Keychain HP pula kami tidak sempat ambil gambar kerana masa yang tidak mengizinkan ~ betul tak Fifi???~
 
Kalau korang turut berminat, just PM kami. Boleh juga contact kami di email qasehmuslimah.munirah@gmail.com, melalui FB kami & ruangan komen di blog. Yang paling senang, fill our ORDER FORM!

Enjoy crafting & shopping with us....  

2 comments :

  1. Replies
    1. a'ah..buat sendiri...nk cari duit lebih so kena keje lebih... nnt klu nk tempah nnt leh r...

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)