Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, February 10, 2013

Selamat Hari Jadi Hafiz...!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa plan untuk cuti ni? Ada yg just nk lepak umah & ada yang ambil masa untuk bersantai bersama keluarga kan... Sekali sekala meluangkan masa bersama keluarga, dapat pahala juga.
Pada kali ini, kami hendak share dengan korang 1 lagi koleksi kami. Memang cukup istimewa koleksi kami pada kali ini sebab ia adalah hadiah dari kami kepada MOHD IZWAN HAFIZ iaitu anak buah kami yang bulat & nakal!
25 Jan 2013 lepas, genab usianya 3 tahun. So, kami suami isteri berpakat untuk hadiahkan dia barangan yang kami hasilkan sendiri. Walaupun tidak mahal & besar macam hadiah-hadiah Hafiz yang lain tapi kami harap Hafiz happy dengan hadiah Pakngah & Makngah bagi ni. Dengan harapan Hafiz always happy & terdidik sebagai seorang yang soleh!

No. 3 tu tandanya Hafiz dah 3 Tahun!
Burung Hantu ni kami siapkan dalam masa 2 hari sebelum balik Kota Bharu. Di sebabkan Hafiz suka sangat pada keychain burung (~ala, keychain tempahan untuk POLISAS tu~) so kami siapkan Burung Hantu ni. Cuma kami sisipkan reben sebagai penggantung. Manalah tau kot2 nk gantung di tepi katil ke, di dalam kereta ke, nk bawak jalan2 ke, ke mana-manalah...

Bahagian belakang kami jahit nama 'HAFIZ'
Kami masukkan fibre dalam Burung Hantu tu supaya terasa lebih lembut. Kain Felt pun kami just pilih yang lembut sahaja. So, tidak akan memudaratkan anak korang kalau mereka nak main! Tambahan lagi, saiz burung hantu ini sebesar tapak tangan je. Tidak menyusahkan untuk di bawa & di simpan di mana-mana.
Kalau korang pun berminat, bolehlah buat tempahan sekarang! Bukan hanya terhad untuk Burung Hantu je, korang boleh request bentuk lain juga. Just isi ORDER FORM di blog kami ni.
Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah contact kami melalui email kami qasehmuslimah.munirah@gmail.com, FB kami & ruangan komen di blog ini juga.

Enjoy crafting & shopping with us....

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)