Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, April 25, 2013

Handmake Craft : Tempahan Keychain dari Faezah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami minta maaf kerana agak terhad untuk update FB & blog kami sebulan dua ni. Kami agak busy dengan tempahan & juga koleksi terbaru kami yang akan menjenguk pasaran insyaAllah dalam bulan ni juga! Di harap korang sabar menunggu & sentiasa memberi sokongan kepada kami.

Entry kali ini still lagi berkaitan dengan tempahan Felt Craft kami. Alhamdulillah, tempahan yang kami terima tidak putus. Mungkin ini hikmahnya kerana walaupun penat & tidak cukup tidur serta rehat, kami tidak pernah mengeluh. Malah saling membantu & memahami.

Tempahan keychain kali ini kami terima daripada salah seorang dealer yang yang cukup aktif iaitu Faezah (FB : Faezah Wani ). Selalunya kuantiti keychain ataupun sebarang tempahan yang kami terima dari Faezah adalah banyak. So, kadang-kadang kami perlu fokus untuk menyiapkan tempahannya sahaja untuk jangka masa 1 minggu... Bayangkanlah! Ini adalah keychain yang telah kami siapkan.
Dah siap bungkus! Alhamdulillah (^_^)
Atas ni gambar keychain yang telah siap kami packing dalam plastik sebelum di balut dengan surat khabar & kertas minyak! Kemudian barulah kami masukkan ke dalam sampul pos laju & pos... Ini adalah sebagai langkah-langkah menjaga kualiti koleksi kami agar korang terima koleksi kami dalam keadaan yang baik! Sekarang jom kita zoom satu-satu...
KC 010413 - Keychain Irwan


KC 020413 - Keychain Aziah
KC 030413 - Keychain Dak
KC 040413 - Keychain Sempoi
KC 050413 - Keychain Aby
KC 060413 - Keychain Faezah
KC 070413 - Keychain Alif
KC 080413 - Keychain Aby
KC 090413 - Keychain Faezah
KC 100413 - Keychain Wani
KC 110413 - Keychain Syahira
KC 120413 - Keychain Afiqah
KC 130413 - Keychain Niall
KC 140413 - Keychain Horan
KC 150413 - Keychain Izzi
KC 160413 - Keychain Azzizul
Panjang lebar entry kali ni dengan gambar-gambar keychain ni. Semoga entry kami setakat ini memberi inspirasi buat korang untuk terus support kami & shopping bersama-sama kami. Sambil-sambil tu korang promote juga blog & page kami ni kepada family serta kawan-kawan korang!

Baiklah, jangan lupe untuk terus memberi komen & follow kami. InsyaAllah dalam waktu terdekat ni kami akan keluarkan koleksi & produk terbaru kami. Banyak perancangan telah kami aturkan untuk korang supaya korang MENANG MEMBELI & MENANG MEMAKAI.. (^_^)

Any commen & question, boleh terus contact kami di FB, Page, ruangan komen dalam blog ni serta email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com... Kalau nak terus order, korang isi ORDER FORM kami...

enjoy shopping & crafting with us... 

Thursday, April 18, 2013

Pusat Pendidikan Al-Barakah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lama tak update blog ni so rasa excited lak kali ni...hehehehe... Tapi kali ini, kami tidak mahu update tentang koleksi kami. Bukannya saja-saja tapi sengaja... (^_^)

Korang pernah dengar tak tentang Pusat Pendidikan Al-Barakah? Di Ipoh ni memang dah famous sangat-sangat Al-Barakah ni. Korang pernah dengar nama Ustaz Mohd Kazim Elias? Siapa yang biasa tengok Astro Oasis, rancangan 'Kalau dah Jodoh' ni mesti kenal sangat-sangat dengan Ustaz Kazim kan... Kami suka sangat-sangat mendengar ceramah agama Ustaz Kazim. Cara pendekatan Ustaz Kazim memberi ceramah cukup santai tapi penuh dengan ilmu. Beliau selalu masukkan unsur-unsur nyanyian, lakonan & humor dalam setiap ceramahnya. Itulah membuatkan semua orang sentiasa ingin mendengar!
 
Beberapa minggu yang lepas, suami saya join event TM di Pulau Pangkor. Dan pada masa yang sama Ustaz Kazim di jemput untuk memberi ceramah agama di sana. Balik dari Pulau Pangkor, suami saya bawa buah tangan yang di belinya dari Al-Barakah iaitu Habbatus Sauda.
Habbatus Sauda dari Al-Barakah
Antara khasiatnya
Cara Penggunaannya
Kalau korang google, banyak khasiat-khasiat yang korang dapat dari Habbatus Sauda ni sampai kalau kami list kan kat sni, esok pagi pun belum tentu habis taip! ~poyo je kan~ Cara penggunaan pun banyak. Antaranya seperti apa tertulis di label botol tu.
Suami saya belikan Habbatus Sauda ni adalah untuk kami amalkan supaya badan ni tak mudah sakit atau dengan kata lain daya tahan badan yang kuat. Dulu kami pernah amalkan tapi bila habis terus stop. So sekarang ni kami nak start balik. Almaklumlah, saya ni jenis liat makan ubat...hehehehe...

So, sambil-sambil tu kami nak share dengan korang tentang Al-Barakah ni juga. Saya bukannya duta Al-Barakah cuma hendak share dengan korang perkara baik. Tak salah kan? Seperti korang tahu, Ustaz Mohd Kazim Elias adalah penaung Pusat Pendidikan Al-Barakah. Selain mengeluarkan produk-produk kesihatan, CD ceramah Ustaz Kazim, buku himpunan doa-doa, Al-Barakah juga ada juga menawarkan perkhidmatan Maahad Tahfiz Al-Quran, homestay, dewan seminar, pengajian pondok & macam-macam lagi.
antara perkhidmatan yang di tawarkan
Korang juga boleh membuat sumbangan/wakaf/derma ke Pusat Pendidikan Al-Barakah ni. Sumbangan korang ni lah yang di gunakan oleh Ustaz Kazim bagi memperbesarkan Al-Barakah untuk kegunaan anak cucu kita & melebarkan lagi syiar Islam. Apa salahnya kita share rezeki kita walaupun tidak sebanyak mana tu. InsyaAllah DIA akan menambahkan lagi rezeki kita juga. amin...
 Jika korang nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan Pusat Pendidikan Al-Barakah & Ustaz Mohd Kazim Elias, terus klik link di bawah ni...
# Doa Memperolehi Ilmu Yang Bermanfaat.
" Ya Allah, kayakanlah daku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan budi pekerti, muliakan daku dengan ketakwaan dan baguskanlah diriku dengan kesihatan"
(Riwayat Ibn Najjar daripada Ibn Umar r.a.) 
*sumber rujukan 'Indahnya Hidup Bersyariat. m/s 286) 

Wednesday, April 10, 2013

Handmake Craft : Tempahan Casing HP dari Ika.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Seronok membaca entry rakan-rakan blogger yang lain. Macam-macam cerita. Ada yang jalan-jalan ke tempat orang, share pasal tempat makan & macam-macam lagi. Seronok sangat-sangat.

Buat masa ni kami belum ada peluang untuk share cerita berkaitan dengan perjalanan hidup kami (chewahhh!!!) & maybe takkan kot sebab kami rasa itu privacy kami. Tapi kalau setakat nak share info tu insyaAllah boleh. Info tentang tempat di Malaysia ni yang telah kami singgah ke, tips2 kembara ke... Manalah tahu... (^_^) Tapi pada hari ini kami fokus tentang share dengan semua berkaitan dengan koleksi kami iaitu Casing HP.

Tempahan kali ini kami terima daripada Nurul Atikah Binti Abu Bakar . Kalau korang tgk FB die memang penuh dengan gambar-gambar artis K-Pop! Dia memang minat sangat K-Pop ni...hehehehe..
CHP 010413 - Casing HP
Ini adalah Casing HP yang di tempah oleh Ika. Kami menggunakan warna hitam sebagai main colour supaya tidak cepat kotor. Setiap perincian di butterfly & bintik-bintik tu kami jahit, bukannya gam! Di ulangi, kami JAHIT! Casing HP ini kami jahit 2 layer iaitu bahagian dalam juga kami letak kain Felt.
Casing HP yang comey!
Pada hari kami serahkan Casing HP ni kepada Ika, Mak Ika pula berkenan dengan Casing HP ni so casing HP ni di pindah milik kepada Mak Ika. Then, Ika membuat tempahan kedua Casing HP untuk diri sendiri. Okey lah tu, Ika kan anak yang baik! (^+^)
CHP 020413 - Casing HP
Ini adalah Casing HP yang kami siapkan untuk Ika pula. Ika memilih warna coklat cair & kami hiaskan dengan gambar burung & bunga... Di tengah-tengah bunga itu kami selitkan mutiara sebagai penyeri.
Tuan empunya I.K.A
Pada kali ini kami meriahkan kedua-dua bahagian. Di bahagian belakang pula kami jahitkan nama Ika dalam bentuk Love begini. Love tersebut kami menggunakan warna baby blue & untuk huruf kami menggunakan warna smokey pink & purple. Comey tak???

Alhamdulillah, Casing HP ni sudah pun selamat di terima oleh Ika. Kepada korang yang juga berminat untuk memiliki Casing HP seperti ini bolehlah terus order melalui kami menggunakan ORDER FORM yang telah di sediakan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus PM kami, send email di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun melalui ruangan komen dalam blog ni. 

Thanks kerana sudi luangkan masa membaca & singgah di blog kami.
enjoy shopping & crafting with us...

Sunday, April 7, 2013

Saiz Untuk Pillow (^_^)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Entry kami yang lepas iaitu Pillow (try korang klik di sini Pillow Untuk Zafran Zarif ) menerima banyak respond daripada customer & followers kami. Antara soalan cepu emas yang kami terima adalah mengenai saiz yang kami tawarkan.

Sebenarnya saiz Pillow adalah merujuk 100% daripada korang sendiri iaitu customer kami yang budiman. Sebabkan ianya adalah tempahan korang so kami menerima arahan dengan jayanya...hehehehe...

Setakat ini kami telah menerima 3 saiz Pillow. Kegunaannya adalah multipurpose... Tapi kami list kan sekali berdasarkan apa yang telah kami terima.. 3 saiz itu adalah :-

a) Saiz 7cm x 7cm ~ kegunaan utk DoorGift, Penggantung Hiasan Kereta, Hadiah utk seseorang & macam-macam lagi...
b) Saiz 15cm x 15cm ~ kegunaan untuk hantaran perkahwinan, cincin hantaran, hadiah untuk seseorang pun boleh...
c) Saiz 30cm x 30cm ~ kegunaan sbg pillow hiasan di kereta, hiasan di sofa, hadiah untuk seseorang pun boleh...

Sebenarnya kegunaan tu adalah bergantung pada korang sendiri. Harga pula adalah berdasarkan ukuran saiz, kuantiti yang di tempah & hiasan yang di gunakan. Untuk makluman korang juga, saiz tidak terhad kepada 3 saiz di atas sahaja,korang boleh request saiz pilihan korang & juga bentuk... InsyaAllah, kami cuba penuhi permintaan korang...

enjoy shopping & crafting with us...

Monday, April 1, 2013

Handmake Craft : Pillow untuk Zafran Zarif.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Hari ini 01/04/2013, cepat masa berlalu. Sekejap sahaja sudah jejak bulan April 2013. Umur pun semakin meningkat & semoga kerjaya serta prestasi hidup juga turut meningkat! Amin...

Untuk bulan ni, kami baru dapat buka sales untuk Pillow. Sebenarnya sebelum ini kami ada ambil tempahan pillow tapi tidak di hebahkan sangat. Kami benar2 tak menang tangan! Ini adalah tempahan yang telah kami siapkan & hari ni baru berkesempatan untuk share dengan korang semua...
Pillow dari Ibu & Papa utk Zarif
Pillow yang comey ni mengambil masa dalam 1 minggu untuk di siapkan. Tetapi di sebabkan kami perlu siapkan tempahan sebelumnya maka kami minta tempoh dalam masa 2 minggu. Minggu pertama kami try siapkan tempahan lain & minggu kedua baru kami start jahit Pillow ni. Alhamdulillah, siap juga (^_^) . Kami sempat ambil beberapa keping gambar semasa proses menyiapkan Pillow ni...
Time ni 1st step utk proses jahitan!
Pelanggan kami yang bertuah pada kali ini adalah kawan baik semasa sekolah dulu Wanie Abdullah. Lama tak jumpa dia, sekarang dah ada baby boy, Zafran Zarif! Terkejut juga bila mula2 die sapa melalui FB.. Lepas sikit rindu kat kawan-kawan sekolah dulu (^_^)
2 ekor ikan paus yg happy & comey
L.O.V.E kasih dari IBU & PAPA
Untuk warna utama, Wanie memilih warna BABY BLUE. So kami hiaskan dengan 2 ekor ikan paus yang comey tu! Ikan paus kan binatang yang berdikari dari kecil & berani serta besar. Kami berdoa semoga Zafran Zarif juga menjadi seorang lelaki yang berdikari, berani serta mempunyai semangat yang besar! Itu maknanya 2 ekor ikan paus tersebut. Lambang LoVe serta tulisan L.O.V.E tu melambangkan kasih sayang dari kedua ibu bapa yang berlipat ganda. Bukan hanya dari perkataan tapi dari hati juga. Dan semoga Zafran Zarif juga begitu... Amin... (^_^)
Siap sudah!!!
Lastly, siap sudah Pillow ni & bolehlah di terbangkan ke Kota Bharu, Kelantan! Kami suka design simple sebab kami tidak gemarkan sesuatu yang serabut. Baby tengok pun rasa tenang! Nanti kalau banyak sangat hiasan & mainan warna, tak elok untuk penglihatan baby. Ini fakta tau! So, para Ibu Bapa terapkanlah warna2 positif untuk baby korang. Salah satu cara untuk didik baby korang dengan nilai2 murni...InsyaAllah...

Pillow ni sudah pun selamat di terima oleh Wanie. Dan kami juga menerima beberapa keping gambar Zafran Zarif bersama-sama Pillow nye...
Ini 1st gambar yang Wanie kirimkan di FB
suka sangat2 ngan gambar ni! Comeynye Zarif
Nak jalan2 pun Zarif tak tinggalkan Pillow die
Kami di QasehMuslimah-Munirah berharap Wanie & family happy dengan hasil kerja kami. InsyaAllah, ada peluang nanti kami singgah jumpa Zarif ek... Kita boleh buat reunion! Kumpul kawan-kawan sekolah & family masing-masing... Mesti seronok sangat2!

Kepada korang semua yang berminat untuk miliki Pillow dari kami, just isi ORDER FORM yang telah di sediakan. Jika ada sebarang persoalan, boleh terus PM kami di page, FB, email kami melalui qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun di ruangan komen dalam blog ni... InsyaAllah kami cuba respond dalam masa 24jam!

Terima kasih kerana luangkan masa korang untuk kami...

enjoy shopping & crafting with us...