Enjoy shopping & crafting with us..

Wednesday, April 10, 2013

Handmake Craft : Tempahan Casing HP dari Ika.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Seronok membaca entry rakan-rakan blogger yang lain. Macam-macam cerita. Ada yang jalan-jalan ke tempat orang, share pasal tempat makan & macam-macam lagi. Seronok sangat-sangat.

Buat masa ni kami belum ada peluang untuk share cerita berkaitan dengan perjalanan hidup kami (chewahhh!!!) & maybe takkan kot sebab kami rasa itu privacy kami. Tapi kalau setakat nak share info tu insyaAllah boleh. Info tentang tempat di Malaysia ni yang telah kami singgah ke, tips2 kembara ke... Manalah tahu... (^_^) Tapi pada hari ini kami fokus tentang share dengan semua berkaitan dengan koleksi kami iaitu Casing HP.

Tempahan kali ini kami terima daripada Nurul Atikah Binti Abu Bakar . Kalau korang tgk FB die memang penuh dengan gambar-gambar artis K-Pop! Dia memang minat sangat K-Pop ni...hehehehe..
CHP 010413 - Casing HP
Ini adalah Casing HP yang di tempah oleh Ika. Kami menggunakan warna hitam sebagai main colour supaya tidak cepat kotor. Setiap perincian di butterfly & bintik-bintik tu kami jahit, bukannya gam! Di ulangi, kami JAHIT! Casing HP ini kami jahit 2 layer iaitu bahagian dalam juga kami letak kain Felt.
Casing HP yang comey!
Pada hari kami serahkan Casing HP ni kepada Ika, Mak Ika pula berkenan dengan Casing HP ni so casing HP ni di pindah milik kepada Mak Ika. Then, Ika membuat tempahan kedua Casing HP untuk diri sendiri. Okey lah tu, Ika kan anak yang baik! (^+^)
CHP 020413 - Casing HP
Ini adalah Casing HP yang kami siapkan untuk Ika pula. Ika memilih warna coklat cair & kami hiaskan dengan gambar burung & bunga... Di tengah-tengah bunga itu kami selitkan mutiara sebagai penyeri.
Tuan empunya I.K.A
Pada kali ini kami meriahkan kedua-dua bahagian. Di bahagian belakang pula kami jahitkan nama Ika dalam bentuk Love begini. Love tersebut kami menggunakan warna baby blue & untuk huruf kami menggunakan warna smokey pink & purple. Comey tak???

Alhamdulillah, Casing HP ni sudah pun selamat di terima oleh Ika. Kepada korang yang juga berminat untuk memiliki Casing HP seperti ini bolehlah terus order melalui kami menggunakan ORDER FORM yang telah di sediakan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus PM kami, send email di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun melalui ruangan komen dalam blog ni. 

Thanks kerana sudi luangkan masa membaca & singgah di blog kami.
enjoy shopping & crafting with us...

14 comments :

  1. seninyaa tangannn kakkkkk
    kagum nadiaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...insyaAllah tangan nadia pun ada seninya...
      nnt promote la kat family & kwn2...jemput shopping di blog kami ni =)

      Delete
    2. insyaAllahhh :)
      mana tau nanti nak order kan senanggggg.
      roger je munirah :)

      Delete
  2. salam kenal dari fifi.. kreatifnye.. kalau saye bab jahit ni memang failed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga (^_^)
      terima kasih =) insyaAllah Fifi boleh mjahit cuma kita kena blaja step by step...

      Delete
  3. wah.. ada casing untuk henfon lak .. memang terbaekk.. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye...casing HP in the house!!! hehehehe..terima kasih =) nnt jemput shopping bersama2 kami..

      Delete
  4. comel...eh, baru teringat saya ada tempahan yang belum siap..hmm, kena siapkan juga la dalam minggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..lama xnmpk, busy ek..hehehe..sy pun ngah siapkan tempahan keychain skrg ni..mgg dpn dh busy blk..alhamdulillah..sm2 kita berusaha

      Delete
  5. Salam kak..bole x sy nk tempah untuk hp casing sy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkmslm...maaf akak lmbt reply...boleh sgt2..Anis PM akak kat FB QasehMuslimah.Munirah boleh...snang skit nak borak (^_^)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)