Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, May 27, 2013

Selamat Pengantin Baru Fatin & Muslim (Part 1)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Start pada 24/05/13 ~ 26/05/13 kami bercuti kerana join Majlis Perkahwinan sepupu kami di Pasir Puteh, Kelantan. Kebetulan husband tiada apa-apa urusan so kami terus pecut balik Kelantan pada pagi 24/05/13 lepas! Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Biasalah kalau hendak manage kenduri besar, macam-macam perkara kena alert! Kadang-kala perkara di anggap kecil tapi itulah yang paling penting... (^_^)

Kami di QasehMuslimah-Munirah mengucapkan  
TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU
kepada pasangan Fatin Izni (Uthe Yank) & Muslim (Matleng Kunding)...Semoga kegembiraan & kebanggaan ini berkekalan hingga akhir hayat. Amin....
Tag ini kami sediakan khas untuk Fatin & Muslim
Kami di beri tanggungjawab bagi menyediakan DoorGift kepada tetamu VIP! Bukan senang nak siapkan semua DoorGift ni kerana dalam kuantiti yang banyak & perkara-perkara yang nampak remeh tetapi perlukan ketelitian! Alhamdulillah, akhirnya semuanya siap seperti dalam perancangan kami... Semoga keluarga & pasangan berpuas hati hendaknya... 

Setelah berfikir dan berbincang bersama-sama kami, akhirnya Fatin setuju untuk membuat tempahan dari kami iaitu :-
  • Sudu Seramik Felt ~ 30 pcs
  • Pillow Mini Felt ~ 20 pcs
  • Kotak Emas ~ 20 pcs (untuk Pillow Mini Felt)
  • Senduk Kayu Felt ~ 6 pcs (untuk di meja makan beradab)
  • Bakul Hiasan VVIP ~ 6 pcs (untuk di meja makan beradab)
  • Bunga Dada ~ 15 pcs (untuk keluarga & pembantu belakang tabir)
Kebetulan semasa kami menerima tempahan dari Fatin, kami turut di hujani dengan tempahan-tempahan dari customer kami yang lain juga. Memang tidak menang tangan untuk kami siapkan semua ni... Banyak betul dugaan! Oklah, jom kita zoom satu persatu koleksi DoorGift sempena Hari Istimewa Fatin & Muslim (^+^)

~ Sudu Seramik Felt ~
Kod : DG 010513
Sudu Seramik Felt ini kami hiaskan dengan Bunga Ros Felt (gabungan warna soft pink + soft purple). Kemudian serinya di tambahkan lagi dengan butterfly & riben polcadot purple! Tag majlis turut di selitkan bersama.
Simple, exclusive & nampak luxury serta bergaya!!! Confirm bulat mata tetamu apabila memandang DoorGift pilihan Fatin ni (^_^)

~ Pillow Mini Felt ~
Kod : DG 020513
Pillow Mini Felt ini kami siapkan 2 design. Design pertama ini adalah sebanyak 6 unit iaitu khas untuk di Meja Makan Beradab Pengantin bersama-sama kedua belah bonda & ayahanda mereka. Disebabkan Fatin sukakan Reben, so kami masukkan elemen reben + Bunga Ros Felt! Pillow ini kami kemaskan ke dalam kotak emas bagi memberikan impak yang lebih exclusive & kejutan!
Kod : DG 030513
Ini pula design Pillow Mini Felt kami yang ke dua, khas untuk tetamu VVIP. Hiasannya kami ubah kepada 2 kuntum Bunga Ros Felt & 2 helai daun felt! Huruf 'F' melambangkan 'FATIN' manakala 'M' melambangkan 'MUSLIM'. Lambang 'LoVe' itu pula melambangkan kasih sayang yang bersungguh-sungguh & berkekalan dari kedua pasangan ini...


~ Senduk Kayu Felt ~
Kod : DG 040513
Senduk Kayu Felt ini kami sediakan sebanyak 6 unit kerana ianya adalah untuk tetamu di Meja Makan Beradab. Kami upgrade kan Senduk Kayu kepada sesuatu yang nampak cukup menarik & menjadi sesuatu yang korang sendiri kagum! Sebelum ini senduk kayu ni hanya di pandang sebelah mata (chewaaaahhhhh!!!) tapi kini korang tidak mahu lepas pandang langsung!
Warna tema PURPLE tetap menjadi penyeri DoorGift kali ini. Potpuri menjadi pilihan kami bagi melengkapkan deco-deco Senduk Kayu Felt!

~ Bakul Hiasan VVIP ~
Kod : DG 050513
Bakul hiasan ini kami tampilkan dengan hiasan dari unsur yang berlainan. Kami menggunakan hiasan bunga Quilling. Kami juga balutkan bakul dengan kain terpilih & hiaskan dengan hiasan terpilih juga (^_^) Untuk memberi kemudahan kepada tetamu, kami siapkan dengan tangkai handmake... Memang cukup bergaya!!!
Ini adalah set lengkap DoorGift untuk di letakkan di Meja Pengantin bagi sesi Makan Beradab. Bekas kaca itu adalah dari pengantin sendiri. Pillow Mini Felt telah kami kemaskan dalam kotak emas. Sudu Seramik Felt & Senduk Kayu Felt turut menjadi teraju utama bagi Set Lengkap ini.


~ Bunga Dada ~
Kod : DG 060513
Bunga Dada ini kami sediakan sebanyak 15 unit, khas untuk family pengantin & pembantu belakang tabir. Ini juga adalah satu hadiah & penghargaan dari pengantin kepada keluarga & pembantu belakang tabir yang sentiasa bekerja keras bagi melancarkan majlis tersebut. Semoga bertambah-tambah seri mereka apabila mengenakan Bunga Dada ini (^_^)

Puas hati kami apabila melihat pengantin & keluarga tersenyum lebar. Kami sentiasa memberikan yang terbaik kepada customer kami. InsyaAllah, pada Part 2 nanti kami akan kongsikan serba sedikit gambar di sepanjang majlis berlangsung & beberapa gambar hasil kerja Family Besar kami ini... So, korang kena tungguuuuu....

Kepada bakal pengantin & customer serta followers kami yang memerlukan idea DoorGift seperti ini, korang boleh terus PM kami. Contact kami di FB, Page, Email qasehmuslimah.munirah@gmail.com dan di ruangan komen kami. Ataupun boleh terus isi ORDER FORM kami...

Enjoy  shopping & crafting with us...

6 comments :

  1. Cantiknya..kreatif betul. Kagum saya tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak2 Ainim...
      alhamdulillah, sy wat yang terbaik utk customer... (^+^)

      Delete
  2. I'm not sure exactly why but this blog is loading very slow for me. Is anyone else having this issue or is it a problem on my end? I'll check back later and see if the problem still exists.



    Take a look at my web site: tipps zum thema abnehmen mit wii 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mayb its cause of ur server internet...
      anyway, thanks for BW... (^_^)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)