Enjoy shopping & crafting with us..

Wednesday, July 31, 2013

Keychain Cute Order dari Faezah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Agak lama kami tidak update blog & FB. Banyak perkara yang kami perlu dahulukan, maklumlah Bulan Ramadhan ni bukannya tiba tiap-tiap hari. So, kami juga mencuba sehabis baik untuk merebut peluang & kenikmatan di Bulan Ramadhan ni... Cuma tahun ni terasa kejap sangat-sangat, hari ni dah masuk 10 malam terakhir... InsyaAllah, semoga tahun depan masih berpeluang menikmati Bulan Ramadhan ini... AMIN... (^_^)

Entry penutup kepada bulan Julai 2013 ini, kami sajikan dengan tempahan yang telah kami siapkan khas untuk Faezah. Dia adalah salah seorang agen aktif kami. Sekali order sampai bengkak-bengkak jari kami untuk siapkan jahitan.. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya. Jom kita zoom satu persatu tempahan keychain dari Faezah!

Keychain hasil kerja kami yang sentiasa menjadi perbualan ramai!!!!

Kod : KC 010713
Kod : KC 020713
Kod : KC 030713
Kod : KC 040713
Kod : KC 050713
Kod : KC 060713
Kod : KC 070713
Kod : KC 080713
Kod : KC 090713
Kod : KC 100713
Kod : KC 110713
Kod : KC 120713
Kod : KC 130713
Kod : KC 140713
Kod : KC 150713
Kod : KC 160713
Kod : KC 170713
Kod : KC 180713
Kod : KC 190713
Kod : KC 200713
Kod : KC 210713
Kod : KC 220713
Kod : KCHP 010713
Kod : KCHP 020713
Panjang lebar entry kali ni. Semuanya adalah tempahan keychain & keychain handphone yang kami terima dari Faezah. Pemilihan warna 70% adalah dari customer Faezah & 30% adalah dari penelitian kami sendiri. Alhamdulillah, semuanya selamat di terima oleh mereka.

Jika korang berminat dengan design dari kami ni, boleh terus PM kami di page QasehMuslimah.Munirah, FB Munirah Mustafar & email kami qasehmuslimah.munirah@gmai.com. Juga boleh ke ORDER FORM kami...

Terima kasih luangkan masa korang untuk membaca entry kami kali ini...

enjoy shopping & crafting with us...

Wednesday, July 17, 2013

Paper Clip Tempahan Sara Aihara.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Diharap semua follower, customer & umat Islam semua dapat berpuasa dengan penuh semangat & berbangga! Walaupun kami kurang sihat tapi still mencuba & bersemangat untuk terus berpuasa.. Alhamdulillah, DIA sentiasa membantu & bersama-sama hambaNya. Walaupun sakit tetapi itu adalah satu nikmat yang DIA turunkan kepada hamba-hambaNya. Iaitu melupuskan segala dosa-dosa kecil, menguji serta kurniakan pahala kepada kita.. So, kalau sakit jangan sekali-kali merungut.. InsyaAllah (^_^)

Entry hari ni still berkaitan dengan Paper Clip kami. Seperti yang korang sedia maklum, kami telah memilih 3 customer kami yang telah membuat tempahan Paper Clip dari kami semasa Promosi RM 1.00/pcs tempah hari. Nak masukkan semua, takut nanti korang bosan lak..hehheehehe.. Bagi yang terlepas entry-entry Paper Clip yang lepas boleh klik link di bawah ni :-

Tempahan pada kali ni agak berlainan sedikit kerana Sara (FB : Sara Aihara ) mahukan Paper Clip seperti ini...

Ini adalah deretan nama dalam family Sara. Sham adalah nama suaminya manakala Umairah adalah nama anaknya. So sweet kan??? Walaupun simple tapi penuh dengan 1001 makna & kasih sayang seorang Mama & Isteri...

Kami sengaja memilih gabungan warna ini kerana ianya nampak kuat, lembut & menarik! Seperti apa yang di tonjolkan oleh empunya nama, seorang wanita yang lemah lembut tetapi semangat & kasih sayangnya kepada family amat kuat!

Pemilihan warna pada kali ini pula menggambarkan warna hijau yang tenang serta warna ungu melambangkan perihatin. Semoga suami Sara menjadi seorang suami & ayah yang sentiasa tenang, cool serta perihatin... Amin...

Warna coklat pula seringkali di samakan dengan warna tanah. So, doa kami semoga Umairah sentiasa beringat walaupun sejauh & berjaya mana sekalipun namun dia tetap ingat akan tanah mana die berpijak.. Selalu ingat & setia kepada keluarganya.. Warna dark purple itu pula adalah warna lambang ketegasan... (^_^)

Ini pula adalah gambar yang telah di share oleh Sara kepada kami. Terima kasih banyak-banyak.. InsyaAllah nanti kita berurusan lagi...

Kepada korang semua, jika berminat dengan koleksi Paper Clip kami, boleh terus membuat tempahan menerusi ORDER FORM kami ataupun terus je PM kami. Nak guna saluran email qasehmuslimah.munirah@gmail.com pun boleh. Maklumlah selagi ada kemudahan, apa salahnya kita gunakan sebaiknya...

Untuk tempahan Paper Clip ni, harga still maintain RM 1.00/pcs TETAPI dengan syarat kuantiti pembelian minimum 10pcs & ke atas. Cukup murah & mudah... Special just for you...

Terima kasih kerana singgah di blog kami...

enjoy shopping & crafting with us....

Thursday, July 11, 2013

Paper Clip Tempahan dari Alice Harrison.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dah masuk hari ke 2 bulan Ramadhan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Rindu nak sembahyang Tarawih terubat jua... Kita mengambil kesempatan yang ada ni untuk terus beribadat & berdoa kepada-Nya. Semoga doa-doa kita di berkati & di perkenankan oleh-Nya...Amin...

Entry kami pada kali ini tetap berkaitan dengan Paper Clip yang di perbuat daripada Wooden Clip yang comey... Pada kali ini kami hendak perkenalkan customer kami dari Miri, Sarawak. Jauh tu....!!! Namanya Alice Harrison. Just klik di sini untuk ke FB dia Alice Harrison .

Alice order 40pcs Paper Clip dari kami. Alhamdulillah, laju je paper clip ni macam pisang goreng panas (opssss...tibe2 teringat pisang goreng!). Alice ada nak tambah order tapi kebetulan pada masa tu stok kami sudah habis. So, tak dapat memenuhi impian Alice. InsyaAllah lain kali... Jemput jamu mata dengan koleksi paper clip yang telah di tempah oleh Alice dari kami...

Ini antara semua 40pcs paper clip yang telah di tempah oleh Alice. Cantik kan??? Alice juga memuji hasil kerja kami yang kemas & teliti. Terima kasih banyak-banyak Alice (^_^)

Paper Clip Butterfly dengan gabungan warna yang menonjol & jahitan yang kemas! Ini bagi memastikan kualiti koleksi kami adalah di tahap yang terbaik!

Paper Clip Flowers ini pula kami tampilkan dengan 2 design bunga yang berbeza. Serta gabungan warna yang menaikkan lagi seri bunga tersebut. Hiasan manik mutiara & butang menambahkan lagi keanggunan bunga ini.

Paper Clip Ladybird juga menampilkan 10 ekor ladybird yang cute miut! Sesiapa yang tengok pasti terpikat!!!

Paper Clip LoVe ini jika di hadiahkan kepada yang tersayang, pasti hanya kita sahaja berada di hati & matanya...syahdu nyer!!!

Amacam? Berminat tak? Kalau korang berminat, boleh terus membuat tempahan kepada kami. Harganya hanya RM 1.00/pcs sahaja TETAPI dengan syarat iaitu minimum order adalah sebanyak 10pcs! Kalau korang just beli 1 atau 2 pcs je macam rugi kan. Postage fee tetap fixed gak...

Korang boleh terus PM kami di FB, page QasehMuslimah.Munirah, email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun terus ke ORDER FORM kami. InsyaAllah dalam masa 24jam kami akan beri feedback!
Terima kasih kerana singgah & baca entry kami...

enjoy shopping & crafting with us....

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan untuk Semua...

Assalamualaikum...

Kami di QasehMuslimah-Munirah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam...
Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan kepada kita... Amin...


Untuk panduan bersama...


Sharing is Caring...
Ni ada info sikit bg menunaikan solat tarawih


Tuesday, July 2, 2013

Paper Clip Tempahan dari Nurul Affifi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Bukan Jun 2013 telah melabuhkan tirainya. Bulan Julai 2013 pula menjelma. InsyaAllah nanti kita akan bertemu dengan Bulan Ramadhan. Alhamdulillah masih diberi kesempatan & peluang oleh-Nya untuk kita sama-sama melepaskan rindu Bulan Ramadhan. Kami juga bersyukur sangat-sangat kerana ia membawa 1001 kemurahan rezeki kepada kami juga...

Kami telah kembangkan sayap perniagaan kami dengan koleksi Tudung Bawal & Serunding Daging serta Serunding Ikan! Memang mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan. InsyaAllah kami akan cuba jadikan ia jualan tetap & tidak bermusim... InsyaAllah...

Pada kali ini, kami ingin post entry tentang Paper Clip yang di perbuat daripada wooden clip. Kami pernah mengadakan promosi RM1.00/pcs & juga jualan wooden clip... Bagi yang terlepas entry tersebut, boleh terus klik link di bawah ini...

Untuk entry kali ini, kami memperkenalkan antara agen kami yang aktif. Bagi pelajar & pensyarah di POLISAS, korang semua boleh dapatkan koleksi kami melalui Nurul Affifi (FB : Nurul Affifi Abu Bakar   ). Koleksi Tudung Bawal kami juga boleh di dapati daripadanya... Ini adalah antara koleksi Felt Craft yang telah mendapat jualan yang gempak dari penghuni POLISAS..
Antara design Paper Clip dari kami...

Nurul Affifi telah membuat tempahan sebanyak 50pcs utk jualan di POLISAS. Kami membantu agen-agen kami mendapatkan duit poket bagi menampung perbelanjaan mereka & sambil memberi pendedahan serta pengalaman kepada mereka bagaimana mengumpul duit hasil usaha sendiri (^_^)

Alhamdulillah, ianya hanya mengambil masa tidak sampai 1 bulan untuk OUT OF STOCK! Agen kami happy, customer kami happy & kami juga bertambah-tambah happy!!! Jom kita zoom satu persatu design peper clip tersebut.
Paper Clip Butterfly yang cute!!!

Paper Clip Cinta Hati ~ I LoVe U ~

Paper Clips Flowers yang comey!

Paper Clip Ladybird...ada mata sepet & mata bulat!

Paper Clip LoVe ~hanya untuk si dia~

Pada Promosi RM 1.00/pcs kami telah menerima banyak tempahan sehinggakan kami terpaksa tambah stok. Pada mulanya kami limit kan stok yang ada dengan tema 'SIAPA CEPAT DIA DAPAT' tetapi apabila customer tidak putus-putus ingin membuat tempahan membuatkan kami mengalah dengan menambah stok yang ada!

Kebanyakan dari mereka inginkan design yang sama. So, kami telah memilih 3 customer untuk di masukkan dalam entry kami. Nurul Affifi terpilih mewakili agen kami yang berjaya dalam jualan Paper Clip. InsyaAllah entry akan datang kami akan tampilkan lagi 2 orang customer kami yang terpilih!

Jika promosi dahulu kami menawarkan harga RM 1.00/pcs. Kini still RM 1.00/pcs TETAPI minimum order adalah 10pcs... Memang cukup berbaloi... Harga koleksi kami masih dalam budget korang kan..?? Korang berminat? Boleh terus PM kami atau isi ORDER FORM kami...

enjoy shopping & crafting with us....