Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, July 11, 2013

Paper Clip Tempahan dari Alice Harrison.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dah masuk hari ke 2 bulan Ramadhan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Rindu nak sembahyang Tarawih terubat jua... Kita mengambil kesempatan yang ada ni untuk terus beribadat & berdoa kepada-Nya. Semoga doa-doa kita di berkati & di perkenankan oleh-Nya...Amin...

Entry kami pada kali ini tetap berkaitan dengan Paper Clip yang di perbuat daripada Wooden Clip yang comey... Pada kali ini kami hendak perkenalkan customer kami dari Miri, Sarawak. Jauh tu....!!! Namanya Alice Harrison. Just klik di sini untuk ke FB dia Alice Harrison .

Alice order 40pcs Paper Clip dari kami. Alhamdulillah, laju je paper clip ni macam pisang goreng panas (opssss...tibe2 teringat pisang goreng!). Alice ada nak tambah order tapi kebetulan pada masa tu stok kami sudah habis. So, tak dapat memenuhi impian Alice. InsyaAllah lain kali... Jemput jamu mata dengan koleksi paper clip yang telah di tempah oleh Alice dari kami...

Ini antara semua 40pcs paper clip yang telah di tempah oleh Alice. Cantik kan??? Alice juga memuji hasil kerja kami yang kemas & teliti. Terima kasih banyak-banyak Alice (^_^)

Paper Clip Butterfly dengan gabungan warna yang menonjol & jahitan yang kemas! Ini bagi memastikan kualiti koleksi kami adalah di tahap yang terbaik!

Paper Clip Flowers ini pula kami tampilkan dengan 2 design bunga yang berbeza. Serta gabungan warna yang menaikkan lagi seri bunga tersebut. Hiasan manik mutiara & butang menambahkan lagi keanggunan bunga ini.

Paper Clip Ladybird juga menampilkan 10 ekor ladybird yang cute miut! Sesiapa yang tengok pasti terpikat!!!

Paper Clip LoVe ini jika di hadiahkan kepada yang tersayang, pasti hanya kita sahaja berada di hati & matanya...syahdu nyer!!!

Amacam? Berminat tak? Kalau korang berminat, boleh terus membuat tempahan kepada kami. Harganya hanya RM 1.00/pcs sahaja TETAPI dengan syarat iaitu minimum order adalah sebanyak 10pcs! Kalau korang just beli 1 atau 2 pcs je macam rugi kan. Postage fee tetap fixed gak...

Korang boleh terus PM kami di FB, page QasehMuslimah.Munirah, email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun terus ke ORDER FORM kami. InsyaAllah dalam masa 24jam kami akan beri feedback!
Terima kasih kerana singgah & baca entry kami...

enjoy shopping & crafting with us....

4 comments :

  1. anonyonyonyoo comeyynyaaaa semuaaa.
    kretifnyaaaaa kakkk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.... kalau berminat boleh trs order dari akak... (^_^)

      Delete
  2. Comelnyaaa...rajinnyaaaa......

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih (^_^)
      klu berminat, boleh trs order dr eira...pe2 just PM je ek... (^_^)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)