Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, August 30, 2013

Tempahan Keychain dari Nana.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Macam mana dengan perkembangan dunia sekarang? Chewah... macam ahli ekonomi lak...!!! Perkembangan kami agak memberangsangkan. Maklumlah, PROMOSI MERDEKA dah start. Korang jangan lupe join PROMOSI MERDEKA kami iaitu bermula pada 21.08.2013 hingga 20.08.2013...
Untuk keterangan lanjut, terus klik di sini PROMOSI MERDEKA KE-56

Hari ni kami hendak update tentang tempahan-tempahan yang telah selamat kami siapkan. Terlalu banyak list menunggu untuk di masukkan dalam blog. Kami betul-betul tidak sempat & menang tangan! So, kalau korang punye tempahan tidak keluar dalam blog kami ni lagi, mohon tunggu & sabar ek... Kami cuba sedaya upaya untuk update semuanya...

Tempahan kali ni adalah dari Nana (FB : Diyana Azahar ). Keychain yang comey-comey ni adalah permintaan dari beliau. Dia mahukan keychain yang nampak comey, cute & terpampang namanye... Katanya nak comey macam dirinya juga...hehehheehe...


 Ini adalah dari side depan keychain Nana.


 Ini lak side belakang... comey tak???


Nana adalah salah seorang customer tetap kami. Dari koleksi felt craft hinggalah tudung bawal, nama dia adalah antara yang tersenarai. Alhamdulillah, kepercayaan yang di beri jangan di persia-siakan... Terima kasih banyak Nana ek (^_^)
Jom kita zoom satu-persatu keychain ni...

Kod : KC 160813
Keychain burung hantu. Simple je tapi tetap nampak comey dengan gabungan warna yang menyerlah!

Kod : KC 170813
Keychain bunga ini kami pernah hadiahkan kepada Nana dulu. So, kali ni Nana order keychain yang 100% sama dengan yang kami design kan dulu.
 
Kod : KC 180813
Keychain LoVe yang menjadi kegilaan ramai & juga kami...!! suka sangat2 ngan keychain LoVe ni.. Lebih-lebih lagi dengan gabungan warna yang cukup terserlah!

Amacam, cantik tak? Korang tak mengidam ke nak wat tempahan dengan kami bila tengok semua koleksi keychain & koleksi-koleksi kami yang lain? 
Kalau korang berminat untuk tempahan, sila ke ORDER FORM kami & isi apa2 yang patut. Tak pun korang boleh email kepada kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com atau terus je PM kami di FB & Page QasehMuslimah.Munirah. Senang sangat2...

Terima kasih kerana luangkan masa membaca entry kami...
enjoy shopping & crafting with us...

Wednesday, August 21, 2013

PROMOSI MERDEKA KE - 56


Pelancaran : PROMOSI MERDEKA.
Sempena : Sambutan Hari Merdeka Malaysia ke - 56.
Tempoh : 21.08.2013 ~ 20.09.2013

~ setiap pembelian RM 30.00 & keatas, potongan harga POSTAGE FEE sebanyak 30% di berikan kepada pelanggan bertuah kami.

~ setiap pembelian RM 60.00 & keatas, anda berpeluang untuk mendapatkan ITEMS PROMOSI kami dengan harga potongan sebanyak 50% serta potongan harga POSTAGE FEE sebanyak 30%.


* ITEMS PROMOSI akan di update pada masa ke semasa kerana bilangannya adalah terhad! Jangan lepaskan peluang anda skrg!!!!

# enjoy shopping & crafting with us....

Thursday, August 15, 2013

Koleksi Keychain Tempahan Ika.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sekarang ni masing-masing mesti masih dalam mood raya kan? Begitu juga kami tetapi kerja tetap perlu di teruskan! Tapi meriah Aidilfitri pada kali ini tercalar sedikit dengan kejadian kemalangan jalan raya melibatkan keluarga kami. Sepupu husband saya telah di jemput Ilahi. Walaupun kami semua masih lagi terkejut dengan kejadian tersebut tetapi kami semua redha & cuba untuk membantu wife & 2 orang anaknya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...

Memang tidak dapat di nafikan, kebanyakan tempahan yang kami terima adalah keychain. Apa keistimewaan keychain kami??? Kalau korang nak tahu, buatlah tempahan sekarang.. InsyaAllah korang pasti berpuas hati 100% sepertimana customer kami yang lain.

Sebagai perkongsian kita hari ni (sebab lama sangat tak berkesempatan untuk update), kami paparkan tempahan keychain dari Ika yang telah kami siapkan. Dengan gabungan warna yang meriah & ceria serta di hiasi dengan blink blink... Jom terjah!!!!

 Inilah antara koleksi keychain kami yang siap sedia terbang terus kepada Ika...

Kod : KC 010813
Keychain W Love W

 Kod : KC 020813
Keychain Alia ~ Ajai

Kod : KC 030813
Keychain A Love N ~ N Love A

 Kod : KC 040813
Keychain Tiah ~ Smile

 Kod : KC 050813
Keychain Abang ~ Adik

Kod : KC 060813
Keychain Mizah ~ Pidot

 Kod : KC 070813
Keychain Bie ~ Mama

 Kod : KC 080813
Keychain R Love H ~ H Love R

Kod : KC 090813
Keychain Atirah ~ Love

 Kod : KC 100813
Keychain Husna ~ A.R.F

 Kod : KC 110813
Keychain Hamizah ~ Firdaus

Kod : KC 120813
Keychain Neeta ~ Sayuti


 Kod : KC 130813
Keychain Nizam ~ Neeta

 Kod : KC 140813
Keychain Lina ~ Salina

Kod : KC 150813
Keychain Hafiz ~ Husna

Ini antara koleksi keychain kami khas untuk customer tersayang! Walaupun ianya simple tapi yang penting kami kekalkan kualiti produk kami di tahap tertinggi. InsyaAllah korang semua pasti berpuas hati (^_^)

Jika korang berminat, boleh trs PM kami, email ataupun isi Order Form kami. Dalam masa 24 jam kami akan cuba reply..

enjoy crafting & shopping with us....

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami di QasehMuslimah-Munirah mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam di Bumi Allah s.w.t ini...

Kami juga ingin berterima kasih banyak-banyak kepada customer & followers kami yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada kami. Terima kasih daun keladi...

InsyaAllah, semoga kehidupan kita akan lebih di berkati & memperoleh 1001 rezeki & kegembiraan... Amin...

Enjoy shopping & crafting with us....