Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, September 26, 2013

Tempahan dari Wirdiana.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lama sangat-sangat kami biarkan blog ni tanpa di update. Busy dengan kerja-kerja menjahit sambil beberapa business kami yang lain. Banyak yang perlu kami ambil perhatian. Dan nasib saya baik mempunyai suami yang ringan tulang & memahami. Alhamdulillah...

1stly, kami mohon maaf kepada customer kami semua kerana agak terhad masa kami untuk reply message, email & WhatsApp kalian. Kami memang tidak menang tangan. Sampaikan kesihatan pun tidak terjaga. Tapi sekarang kami beransur-ansur sihat & cuba manage setiap jadual kami dengan baiknya. Insya Allah...

Entry kali ni kami bawakan koleksi kami yang di tempah oleh Wirdiana Yusoff (FB: Wirdiana Yusoff ). Salah seorang customer kami yang cukup rilex & sempoi. Kami senang berurusan dengan beliau. (harap-harap Wirdiana pun berpuas hati & senang berurusan dengan kami juga!). Semoga kita dapat berurusan lagi selepas ini (^_^)...
Oklah, jemput semua jenguk-jenguk koleksi kali ni...

Inilah koleksi dari kami yang telah di tempah & telah pun selamat di terima oleh Wirdiana. Cantik tak? Mesti korang jealous sebab tak dapat apa yang Wirdiana ni dapat kan...hehehehe

Kod : HB 020913
Headband yang comey ni adalah untuk si cantik AUFA... secantik orangnya... Pemilihan warna adalah daripada Wirdiana sendiri. Bunga Melur 3 layer memikat hati Wirdiana.
Kod : PC 010913
Wooden Clip Butterfly ni kami hiaskan dengan labuci butterfly juga. Berkilau bersinar bak berlian menambahkan lagi seri exclusive wooden clip ni. Ianya simple but nice.
Kod : PC 020913
Wooden Clip Flowers ni pula kami tetap hiaskan dengan mutiara yang menyerlahkan lagi keindahan bunga ini. Padanan warna juga memainkan peranan yang penting bagi memberi impak kepada hasil kerja kami.
Kod : PC 030913
Wooden Clip LoVe ini pun kami hiaskan dengan mutiara & seni jahitan yang kemas & teliti tetap menjadi keutamaan kami. Ini adalah antara design yang menjadi kegilaan customer kami. LoVe menjadi sumber kasih sayang & cinta kita.. (^_^)
Kod : PC 040913
Wooden Clip Ribbon ini pula kami hiaskan dengan butang 4segi berwarna dark choc! Cantik & kemas. Kami juga suka & geram sangat-sangat bila dah siap wooden clips ni. Insya Allah kami akan siapkan untuk simpanan kami pula. Untuk list jualan, insya Allah akan masuk tidak lama lagi...

Lastly, inilah hasilnya. Bila di kumpulkan semuanya, nampak comel sangat-sangat! Mata kami yang mengantuk ni terus menjadi segar. Badan & otak kami yang penat ni terus bertambah-tambah semangat...

Kalau korang semua berminat untuk memiliki apa yang telah Wirdiana dapat ni, korang boleh terus isi ORDER FORM kami. Ataupun email kami menerusi qasehmuslimah.munirah@gmail.com. Boleh juga PM kami melalui FB & page kami. Tempahan dari korang semua memang kami alu-alukan.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca entry kami kali ni. Silakan komen & membuat tempahan... (^_^)

enjoy shopping & crafting with us.....

Tuesday, September 10, 2013

Headband & Handband buat Maryam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua?? Hari ni kami kembali dengan entry yang cukup menarik. Agak dah seminggu kami tak update blog. Maklumlah, kerja-kerja crafting & menjahit ni perlukan penelitian 100%... Kalau buat setakat siap je, langsung hilang kualitinya. Iye tak?

Entry pada kali ini kami share dengan korang tempahan yang kami terima dari sepupu kami iaitu Yana (FB: Fatin Ilyana). Dia mahukan headband & handband untuk anak keduanya iaitu si comey, Maryam... Maryam ni memang comey sangat-sangat... Mesti dia banyak ikut Makngah dia ni kan...hehehehehe..

Ini dah siap jahit bunga & nama tapi belim di jahitkan & di letakkan di getah headband & handband lagi.. Pilihan warna adalah dari Yana juga, khas untuk anak kesayangannya. Kami pula jahit dengan penuh kasih sayang khas untuk anak buah comey kami ni... (^_^)

Ini dah 100% siap!!! Kami hiaskan dengan mutiara di tengah- tengah bunga bagi naikkan lagi seri headband & handband Maryam.
Untuk makluman semua, getah headband & handband ini adalah material yang sesuai untuk baby. Ianya elastik & tidak ketat bagi memberi keselesaan kepada baby kita. So, korang semua tidak perlu risau kalau hendak hiaskan anak korang dengan getah headband sebegini.

Gambar Maryam bersama-sama headband & handband nye.. Tetap nyenyak tidur... Comey kan budaknya. Muka tenang je, lembut je... Semoga Maryam terus menjadi Maryam... amin..

Jika korang berminat untuk dapatkan headband & handband seperti baby Maryam, boleh terus PM kami di FB & page QasehMuslimah.Munirah. Ataupun boleh terus email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun dengan menggunakan ORDER FORM kami di bahagian bawah sekali blog kami ni.
InsyaAllah kami akan cuba reply setiap pertanyaan, permintaan & message korang dalam masa 24 jam.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membawa entry kami...

enjoy shopping & crafting with us....

Wednesday, September 4, 2013

Happy Birthday My Lovely Husband!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Enty kali ini, saya agak teruja sikit sebab nak share dengan korang semua tentang birthday husband saya. Birthday husband saya jatuh pada 31 Ogos 2013 baru-baru ini... Tarikh bersejarah bagi Tanah Tumpahnya Darahku & suami ku...hehehehee...

Yang menggembirakan saya ialah pada tahun ni saya dapat celebrate berdua dengan suami tercinta! Sebelum ni tak dapat sangat nak celebrate berdua, banyak sangat undangan perlu di penuhi...! (^_^)

1 minggu sebelum birthday suami, saya dah plan macam-macam. Tapi yang paling runsing ialah nak beli apa untuk hadiahkan kepada en.suami? Maklumlah, saya ni tiada pendapatan tetap so budget tu kureng la sikit!!! Lastly, saya plan untuk jahitkan untuk en.suami Sarung Tisu! Memandangkan kereta dah cantik make-up tapi dalam kereta pula kosong... So, kita ceria kan sikit...

Ini semasa proses-proses awal... seperti biasa kami mulakan dengan pemilihan warna, gunting huruf & jahit ke atas bentuk-bentuk Love & 4 segi... Then baru jahit atas kain cotton yang telah di pilih. Pembuatannya agak rumit tapi berkat kesabaran, alhamdulillah hasilnya seperti di bawah!!!
 
Inilah hasilnya 100% siap!!! Keliling sarung tisu kami jahitkan dengan ucapan "SELAMAT HARI LAHIR KE 29" dan area atas sarung tisu pula kami jahitkan "EIRA LOVE EPPY"... Khas untuk suami tersayang Mohd Rafiuddin Bin Abdul Rahman...

Alhamdulillah, apa yang saya rancangkan akhirnya membuahkan hasil. Bagi mengelakkan rahsia hadiah sarung tisu ini terbongkar, saya terpaksa bohong sunat dengan mengatakan ini adalah dari tempahan customer kami. Bila en.suami tidur je, barulah saya sambung jahit. 3 hari berturut-turut bersengkang mata tidur pukul 1~2pagi bagi menyiapkan sarung tisu ni... Tapi ianya berbaloi!!!! Just for you my lovely husband... (^_^)

Saya juga sempat menyediakan makan malam kami. Walaupun tidak semeriah mana tapi alhamdulillah DIA tidak putus-putus mengurniakan rezeki kepada kami. 
Kami celebrate dengan makan malam kami bermenukan nasi putih, tomyam ayam, telur bistik, air sarsi & kek coklat...! 

Tidaklah sampai penuh satu meja tapi tetap rasa kenyang sangat-sangat. Maklumlah, hanya kami berdua... Masa untuk berdating!!!
 
Kek coklat lembab yang sempat di sediakan untuk suami tersayang! Alhamdulillah, en.suami tersenyum lebar...

Okeylah, setakat ini sahaja coretan kami pada kali ini. Just nak share cerita dengan kawan-kawan semua. Kenangan & impian kami yang telah terlaksana... Biarpun hanya kecil-kecilan & simple tapi kami suami isteri bahagia bersama... Jom kita sama-sama berdoa & berusaha untuk mempereratkan & menyemai kan lagi hubungan kekeluargaan kita... Amin....

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk baca entry kami kali ini...

enjoy shopping & crafting with us...