Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, February 25, 2014

Sweety Brooch Cotton.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Pagi-pagi ni nak freshkan diri dengan update entry lagi... Bila tengok banyak sangat gambar-gambar yang tak update dalam blog tiba-tiba lak rasa serabut!!! So, untuk pagi hari ni, tugasan pertama ialah update blog. Lepas dah siap update blog baru start menjahit semula... (^_^)

Entry hari ini kami nak share dengan korang semua item atau koleksi kami yang telah selamat kami hantar kepada agen kami. Benda yang murah & comel... Semua wanita suka, insya Allah...
Sepertimana yang telah kami war-war kan sebelum ini bahawa kami mempunyai agen di Kok Lanas, Kelantan. Korang boleh rujuk entry kami yang lepas di link ini :-


Ini adalah entry yang berkaitan dengan Agen kami yang berada di Kok Lanas. Kedai mereka amat strategik! Dalam kawasan perumahan pelajar-pelajar Politeknik Kota Bharu. So, kepada pelajar Politeknik Kota Bharu, korang bolehlah start serbu sekarang!!!

Brooch Cotton pada kali ini kami datangkan dengan 2 design menarik iaitu lipatan bulat & bujur. Semestinya kami menggunakan kain cotton yang kukuh & cantik. Insya Allah korang boleh gayakan dengan pelbagai majlis & fesyen.

Kod : BR010214

Brooch ini kami cuba mempertengahkan unsur-unsur BATIK!!! Memang nampak klasik & menonjol... Siapa kata Batik tiada nilai-nilai komersial nye??? Kami tampilkan dengan 2 design & 2 warna... Kalau berminat, sila ke kedai Agen kami...


Kod : BR020214
Ini pula kami menggunakan kain cotton polcadot. Base colour putih & merah. Maybe bagi yang ingin nampak menyerlah boleh menggunakan warna merah + hitam & bagi yang ingin nampak sweet gitewww boleh menggunakan warna putih + lady pink. Kami tetap menampilkan 2 design juga. Kalau berminat, singgah di kedai Agen kami.

Amacam? Bergaya tak??? Insya Allah kami akan cuba menambah stock dari masa ke semasa. Bagi customer kami yang berada di luar kawasan Agen kami dan berminat untuk membeli serta membuat tempahan Brooch Cotton kami ini, boleh terus PM kami di page QasehMuslimah-Munirah atau just isi Order Form kami di blog ini. Kami akan cuba reply mesej korang dalam masa 24 jam. Insya Allah...

Terima kasih kepada semua sudi meluangkan masa membaca entry kami kali ini.
enjoy shopping & crafting with us...

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)