Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, April 18, 2014

Tempahan Headband Untuk Si Comey!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, dari awal tahun 2014 hingga sekarang ni kami tidak putus-putus terima tempahan sampaikan nak update Blog pun mengambil masa yang agak lama. Mulanya plan nak update Blog 2 kali seminggu tapi terpaksa rombak kepada 1 kali seminggu.. Then sekarang dah tak boleh nak plan.. Alhamdulillah, rezeki dariNya.

Untuk tahun ni kami terima banyak tempahan daripada IPTA & syarikat-syarikat tempatan untuk menyediakan doorgift samada Pillow ataupun Keychain. Tapi hari ini kami hold dulu tentang Pillow & Keychain sebab kami hendak share dengan korang semua koleksi Headband kami...

Tempahan kali ini datangnya daripada Husnina Aisyatul (FB : Husnina VS Aisyatul ). Dia membuat tempahan untuk 2 unit Headband ini. Maybe untuk rujukan korang semua bagi membuat tempahan dari kami. Jom kita tengok...

Kod : HB010414
Warna Bunga : Soft Purple + Light Purple
Warna Tulisan : Green Apple + Light Purple
Warna Background Tulisan : Light Orange + Light Brown
Hiasan : Button Hello Kitty

Kami menggunakan getah headband yang lebar & berwarna hitam. Getah headband ini sesuai untuk baby & juga kanak-kanak kerana sifatnya yang lembut & mudah di renggangkan mengikut saiz kepala pemakai.

Kod : HB020414
Warna Bunga : Smokey Pink + Red Rose.
Warna Tulisan : Turqoise + Light Pink
Hiasan : Button Apple

Untuk getah headband kali ini pula kami menggunakan baby headband. Sesuai di gunakan untuk bayi baru lahir hingga ke umur 4 tahun. Ianya juga bersifat lembut & mudah di renggang tetapi terhad. Untuk baby selalunya kami syorkan menggunakan getah headband baby ini.

Sesetengah customer kami kurang informasi tentang getah headband tersebut. Kedua-duanya sesuai untuk fresh baby. Cuma bagi kami getah headband berwarna hitam itu boleh di gunakan sehingga anak-anak menjangkau ke usia 7 tahun.
Manakala baby headband pula mungkin sehingga 4 - 5 tahun. Kerana kain getah baby headband agak terhad untuk di renggangkan. Tetapi ianya juga bergantung kepada saiz kepala baby. 
Apa yang paling penting, kedua-duanya selamat di pakai & tidak akan mencederakan baby kita... Ini kerana, kami memilih getah headband yang high value di mana kain yang di gunakan cukup terjaga kualitinya... Insya Allah...

Jika berminat, boleh terus PM kami di page QasehMuslimah.Munirah atau email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ... Insya Allah kami akan cuba reply mesej korang dalam masa 24 jam. Selalunya pada hari Sabtu & Ahad kami akan sedikit sibuk dengan tugasan luar so kadang-kadang mengambil masa untuk online. Harap maklum semua...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

2 comments :

  1. Salam..

    Cantik-cantik headband kat sini..hmmm nasib la anak jenis yg x boleh nak letak benda atas kepala.. kejap je terus hilang.. tak biasa..

    http://happyhealthylifeshop.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkmslm...terima kasih...
      budak2 biasalah...tapi headband ni boleh je di pakaikan pada anak yg dh besar skit...no hal... insya Allah bila baby awk dh besar skit, dh pandai nak lawa2 bleh trs order dari kami...

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)