Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, June 10, 2014

Couple Pillow.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, ada rezeki masa untuk kami update Blog pada hari ini. Kami cuba luangkan masa sekejap. Pening juga kepala kalau asyik tumpu pada menjahit je. Lepas siapkan kerja-kerja di rumah, curi masa untuk online sekejap. Lepas ini Insya Allah boleh start menjahit pula.

Maybe entry kali ini pendek je kot... Agaknya lah..hehehe... Kalau time puasa nanti pula tak tahulah sependek mana entry kami...hehehe... Slow-slow nak persiapkan diri untuk ke Bulan Ramadhan. Walaupun dah biasa berpuasa tapi tetap kena persiapkan diri. Ujian dariNya itu kadang kala di luar jangkaan kita kan tapi masih dalam keupayaan kita untuk tempuhi. Itu janjiNya...

Kami telah siapkan Couple Pillow ini untuk di hiaskan dalam kereta kami. Ia juga telah menjadi salah satu items display kami sewaktu event di TM Point Teluk Intan tempoh hari. Alhamdulillah ramai memberikan respond positif terhadap koleksi kami. Insya Allah kalau ada peluang & kelapangan lagi, kami akan cuba buka booth kami di event akan datang (^_^)

Couple Pillow ni kami siapkan khas untuk diri kami sebenarnya..hehehehe.. Asyik jahit untuk orang lain je so kebetulan ada masa kami jahit untuk diri sendiri. Lagipun kami cuba lari dari design yang sama je iaitu bentuk petak & Love... Cantik je kalau bentuk bulat macam ni... Simple & sweet!!!
Selalunya orang takut nak gunakan warna putih sebab cepat kotor tapi Alhamdulillah setakat ni Couple Pillow kami ini still putih berseri lagi... Siap boleh di jadikan display time kami buka booth lagi tau... Jealous tak???

Couple Pillow.
Kod : PL020614
Tulisan : LOVE YOU MR. HUSBAND (Turquoise & Purple)
Hiasan : Cupid Egg (Brown & Grey)

Couple Pillow.
Kod : PL030614
Tulisan : LOVE YOU MRS. WIFE (Turquoise & Purple)
Hiasan : Cupid Egg (Brown & Grey)

Husband ada hadiahkan novel Love You Mr. Arrogant so tulisan pada pillow couple ni di ambil lebih kurang sempena tajuk novel tu lah. My husband no arrogant tau...hehehehe... So  ubah sikit kepada 'LOVE YOU MR. HUSBAND' & 'LOVE YOU MRS. WIFE', kan best bunyinya tu.. Sejuk hati ni, lapang kepala ni... Semoga kasih sayang suami isteri sentiasa berpanjangan & sentiasa erat... Itu doanya...

Okeylah, macam dah panjang sangat pula entry kali ni. Kalau korang berminat untuk membuat tempahan boleh terus PM kami di page QasehMuslimah-Munirah . Juga boleh menggunakan ORDER FORM kami di Blog ini. Email di qasehmuslimah.munirah@gmail.com pun boleh ataupun WhatsApp kami di no. 011-24274941011-24274941...

Thanks kerana sudi luangkan masa korang membaca entry kami kali ini...
Enjoy shopping & crafting with us...

4 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)