Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, August 12, 2014

Car Charm untuk Si Fanatik Kereta...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua customer & followers kami??? Walaupun kami agak busy minggu ni bagi menyiapkan tempahan POPIA MINI SERUNDING IKAN & POPIA MINI NESTUM tapi kami cuba untuk manage masa kami bagi update Blog kesayangan ramai ni... (Alhamdulillah...) Minggu lepas kami siapkan tempahan felt craft & minggu ni tempahan popia mini. Kami perlu selang seli bagi memastikan semua tempahan siap pada masa yang di tetapkan...

Straight to the point, entry untuk kali ini kami nak perkenalkan Car Charm yang di tempah oleh sepupu kami iaitu Zazz Ed . Sepupu kami ni memang fanatik kereta ni. Tapi sebenarnya kami pun agak fanatik bab-bab kereta juga...hehehehe... Tak payah cerita panjang lebar, jom kita tengok gambar semasa proses menyiapkan Car Charm ni...

Mesti tau kan ni lambang pe??? Ini still tak siap lagi. Logo tu kami dah siap jahitkan & huruf TRD tu cuma still tak jahitkan kedua-dua belah side. Gambar sebelum jahit logo & tulisan tu kami lupa nak ambil... Sorry...hehehhee

Koleksi : Car Charm.
Kod : CC010814
Tulisan : TRD (White) (Background : Red)
Logo : Yellow, Green, Grey & Black

Alhamdulillah, siap sepenuhnya. Sebenarnya sudah selamat sampai pada tuannya pun. Saiz Car Charm ni adalah lebih kurang 1/2 saiz A4. Sepupu kami hendak gantungkan di bahagian pemegang signal katanya. Untuk saiz & design, korang boleh request. So jangan risau kalau-kalau dalam hati tu teringin design lain. Lepas beberapa orang customer kami tengor Car Charm ni, terus dieorang pun booking untuk tempahan. Korang bila lagi???

Kalau korang berminat, boleh terus PM kami di page/FB kami. Boleh juga melalui ORDER FORM kami di bahagian paling bawah Blog ini. Melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com juga di alu-alukan. WhatsApp pun di terima... Semuanya hanya di hujung jari kita...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kami pada kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)