Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, August 25, 2014

Pillow Tablet ZEN.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, kita masih di beri kesempatan untuk bernafas pada hari yang cukup berharga ini. Semoga kita dapat mulakan hari-hari kita dengan sesuatu yang memberi kenikmatan kepada semua.
Semua sudah sedia maklum dengan apa yang menimpa Malaysia pada tahun ini. Tragedi MH370, MH17... Memang tersentuh sangat! Kami di QasehMuslimah-Munirah mengirimkan salam takziah kepada pihak yang terlibat secara langsung & tidak langsung.

Berbalik kepada niat asal kami. Entry kali ini memang cukup special sebab melibatkan 1 koleksi DAN banyak kuantiti!! Memang banyak sangat-sangat lah. Semasa dalam proses menyiapkan tempahan ini, memang agak tertekan sikit dari segi masa & rehat. Tapi demi merealisasikan apa yang di impikan oleh customer kami ni, kami gagahi juga siapkan dengan memastikan kualiti still on the TOP!
Ini adalah gambar-gambar semasa proses menggunting huruf & detail-detail lain. Kemudian kami susun satu persatu di atas kain felt putih. Selepas itu susun pula felt putih yang dah lengkap tu atas felt kelabu. Susun bertingkat-tingkat!!! Nampak macam senang tapi agak lenguh juga badan & letih mata ni. Dah siap proses menyusun barulah kami start menjahit setiap detail yang ada.
Selepas siap jahit detail-detail atas felt kelabu then kami kemaskan & jahitkan keliling Pillow tersebut. Masukkan fiber segebu-gebunya kemudian jahit untuk part last pillow. Untuk makluman semua, setiap pillow kami akan kami pastikan 2 jahitan di setiap sisip tepi Pillow iaitu jahit jelujur & insang pari bagi memastikan kualiti Pillow kami TERBAIK!!! 
Dah siap jahit, so kami susun di atas sofa, dalam bekas merah tu hingga ke proses terakhir iaitu masukkan dalam plastik bagi memastikan pillow kami di terima oleh customer kami dalam keadaan baik & terjaga!
Ini antara yang sempat kami ZOOM detail-detail di atas Pillow ni. Ada tarikh, jam, bateri, icon-icon application. Memang agak remeh tapi kami berpuas hati juga kerana ianya memberi kami satu pengalaman yang cukup hebat!
Koleksi : Pillow Tablet.
Kod : PL030814
Saiz : A4 Saiz.

Dan inilah hasilnya. Pillow untuk di jadikan hadiah/Doorgift untuk Majlis Makan Malam Syarikat ZEN. Korang mesti kenal company ni kan?? Memang terkenal kat Malaysia ni. Korang boleh check website mereka di http://www.zen.com.my/  . Terima kasih kepada Siti Nor Hajar kerana sudi membuat tempahan dari kami. Jumlah tempahan yang telah kami terima adalah 55 unit Pillow Tablet ni. Alhamdulillah akhirnya siap setelah 'bersilat' menjahit (^_^)

Kepada korang yang turut sama berminat untuk membuat tempahan, boleh terus contact kami melalui ORDER FORM (dalam Blog ni, bahagian paling bawah), email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com , PM kami di page QasehMuslimah-Munirah atau WhatsApp kami di 011-24274941 .. Semuanya mudah, hanya di hujung jari korang sahaja!

Terima kasih kerana sudi luangkan masa korang membaca entry kami kali ini.
enjoy shopping & crafting with us....

### Pesanan Admin :---
Di sebabkan ramai yang bertanyakan di mana boleh dapatkan TOE SOCKS seperti kami selalu pakai, so dengan rendah dirinya kami turut menjual TOE SOCKS untuk kemudahan korang. Boleh terus tempah dari kami. Kini terdapat 5 warna yang cantik & menarik. Siapa kata tidak boleh bergaya dalam keadaan menutup aurat!!!??
Koleksi : TOE SOCKS.
Warna :- Grey-White (AVAILABLE), Pink-White (AVAILABLE), Black-White (AVAILABLE), Soft Brown-White (AVAILABLE), Purple-White (AVAILABLE)
Size : FREE Size.

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)