Enjoy shopping & crafting with us..

Saturday, September 27, 2014

Casing Untuk Ain

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Badan letih sebenarnya hari ini tapi tetap gagahkan juga update Blog. Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang mula kenal & membuat tempahan dari kami. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih & bersyukur kepada-Nya yang teramat sangat!

Nampak gayanya entry bulan ni lebih kepada casing felt! Walaupun lebih kurang sama tapi empunya casing orang berlainan. Itulah namanya terpikat dengan hasil kerja kami...hehehehe... Setakat ni jahitan hiasan Owl & Butterfly adalah yang paling tinggi permintaannya. So, kalau dah customer request macam tu, takkanlah kami nak tolak tanpa sebab pula... Betul tak??
Ini adalah semasa proses menyiapkan casing tempahan Ain. Jika korang ada follow entry kami sebelum ini, kami ada share dengan korang tentang casing tempahan dari Dina --> Casing Dina <--. Buat pengetahuan korang semua, Ain ni adalah kawan kepada Dina. Selepas Ain tengok casing yang kami siapkan untuk Dina, dia terus terpikat (chewaaahhhhhh...) & order satu casing untuk dirinya.

Untuk Dina kami jahitkan Burung baby Owl tapi untuk Ain kami jahitkan Owl dah dewasa...hehehehe... Kami tak mahu jahit sama sangat, nanti bergaduh pula...hehehehe... Insya Allah mereka berdua BFF dunia akhirat!!!
Koleksi : Casing Ain.
Kod : CS020914
Hiasan : Owl (Hijau Lumut + Yellow Cerry)
Tulisan : AIN (Red)

Jika korang berminat, boleh terus contact kami untuk membuat perbincangan design. Sebagai makluman kepada semua, kalau korang ada gambar design untuk kami jahit & design tersebut korang copy & paste dari design orang lain, kami boleh terima. TETAPI kami tidak akan siapkan 100% copy & paste gambar tersebut. Maknanya kita akan buat sedikit ubah suai supaya tidak menimbulkan salah faham atau kecil hati pihak empunya gambar... Lagipun gambar tersebut adalah hak mereka, so kami perlu respect hasil kerja orang lain...clear tak???heheehee...

Sebarang tempahan, boleh contact kami melalui :-
  1. ORDER FORM di bahagian paling bawah Blog ini.
  2. Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  3. PM kami di page QasehMuslimah.Munirah
  4. WhatsApp kami di no : 011-24274941
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us....

Thursday, September 25, 2014

Headband ALISHA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Disebabkan bulan ni kami kurang masa update Blog so minggu ni kami update Blog dengan kerapnya. Alhamdulillah, kita masih di beri tenaga & peluang untuk terus beribadat kepadaNya. So, janganlah kita sia-sia kan satiap inci peluang yang telah di berikan.
Semasa entry ni kami karang, depan kami ni penuh dengan barangan tempahan customer. Alhamdulillah rezeki kurniaanNya. Walaupun pulangannya tidak besar tapi rezeki ni cukup & membahagiakan kami. Semoga rezeki yang kami terima ini sentiasa di berkati olehNya.

Hari ni kami nak share dengan korang semua koleksi HEADBAND yang telah kami siapkan. Ianya khas untuk ALISHA.

Koleksi : Headband Alisha.
Kod : HB010914
Hiasan : Bunga Melur (Smokey Pink + Ladybird Button)
Tulisan : ALISHA

Kami agak lama tidak update tentang headband so kami cuba bangkitkan kembali aura Headband kami. Untuk pencerahan semua, design headband kami kebanyakkannya adalah idea dari customer kami sendiri manakala kami hanya topup sikit-sikit sahaja.

Begitu juga dengan koleksi kami yang lain. Jika customer beri kami gambar design yang mereka hendak kami jahitkan, pihak kami tidak akan mengikut 100% design berkenaan bagi menghormati hak kepada empunya gambar tersebut. Secara logiknya kita kena fahamlah kan. Semua orang tidak suka 100% copy paste!!! Melainkan gambar yang di beri adalah datangnya dari design kami sendiri.

Kalau korang berminat untuk membuat tempahan dari kami, boleh terus contact kami melalui :-
  • ORDER FORM yang berada di bahagian bawah sekali Blog ini ;
  • Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ;
  • PM kami di Page QasehMuslimah.Munirah ;
  • WhatsApp kami di No. 011-24274941
Terima kasih kerana sudi singgah di Blog kami.
enjoy shopping & crafting with us.....

Wednesday, September 24, 2014

Promosi Makan Besar Kenny Rogers Roasters

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua??? Pada hari ni kami nak rest dari promote tentang koleksi kami. Kami nak promote tentang perkara lain pula. Confirm korang pun happy sangat-sangat bila dapat info ni. Sharing is caring kan...

Siapa suka makan di Kenny Rogers Roasters??? Kami bukanlah penggemar tapi kadang-kadang bila terasa nak tukar selera, so kami singgah juga lah. Lebih-lebih lagi kalau ada promotion!!! Nampak tak macam mana permainan kami??? hehehehe... Kebetulan saya belum celebrate birthday husband, so dalam tercari-cari tu terjumpalah promotion dari Kenny Rogers ni...

Memang sangat-sangat berbaloi!!! Kami pergi berdua (dating kottt!!!) & makanan itu sangat berlebihan untuk kami berdua... Maybe makanan untuk 4 orang rasanya...huhuhuhu... Jom tengok apa yang kami dapat dari voucher ni...
Ini semua hasil pancingan kami hanya menggunakan voucher tersebut... Alhamdulillah, kenyang kami malam tu. Rezeki dari-Nya...

Kalau korang nak jugak rasa kenikmatan ni, jangan lengah-lengah lagi. Promosi ni tamat pada 30 September 2014 ini sahaja. Korang boleh dapatkan & print out voucher tu DI SINI .

Antara promosi-promosi di KRR :-



Terdapat beberapa lagi promosi sempena 51st Malaysia Day & 20th KRR's Anniversary. Korang juga boleh dapatkan info yang lebih banyak dari website KRR di Kenny Rogers Roasters .

Selamat menjamu selera dari kami (^_^)

# Pesanan Admin :-
Berita baik dari Admin QasehMuslimah.Munirah...Sesiapa yang berminat boleh terus email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ...detail yg kami perlukn ;
  1. Nama ;
  2. Company/Alamat ;
  3. Contact ; (Phone/WhatsApp/apa-apalah untuk customer hubungi)
  4. Cerita sikit tentang business korang...
  5. Gambar-gambar yang MENARIK berkaitan dengan business korang...
  6. Apa-apa sahaja detail yang penting & korang rasa sesuai untuk promote business korang!
Insya Allah kita sama2 mencuba utk perkembangkan lagi buz & ekonomi kita...amin...

enjoy shopping & crafting with us....

Monday, September 22, 2014

Casing Dina.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami excited hendak tulis entry hari ni. Lebih 3 minggu kami tidak update Blog kami. Kami berada di luar kawasan so tak dapat nak online sangat. Bukan setakat Blog sahaja, FB, Instagram & Page pun kami tidak dapat nak update apa-apa selama lebih kurang 3 minggu tu. Maaf ek semua.. Ada 2,3 tempahan yang kami terlepas kerana lambat reply email dari mereka tapi takpelah. Kami anggap itu bukan rezeki kami... 

Bila bercakap tentang koleksi Casing kami, agak lama juga kami tidak update. Semua ini bergantung kepada permintaan customer kami. Kalau ada yang tempah maknanya adalah kami update! Dalam banyak-banyak koleksi kami, ini adalah antara casing yang kami suka tengok & jahit...

Ini adalah semasa proses menjahit detail-detail di atas casing ni. Mini Own & nama Dna. Suka sangat-sangat gambar ni. Nampak comey sangat!!!

Dina adalah customer kami yang dah biasa membuat tempahan dari kami. Alhamdulillah, dia repeat order lagi. Seronok kami apabila customer keep repeat order. Satu kebangaan kepada kami... (^_^)

Koleksi : Casing Harddisk.
Kod : CS010914
Hiasan : Mini Own

Kalau korang berminat untuk membuat tempahan, boleh terus contact kami. Tempahan untuk bulan 09/2014 masih lagi terbuka. Cara untuk membuat tempahan??? Senang sangat-sangat, semuanya hanya di hujung jari korang...
  • Melalui ORDER FORM kami yang berada di bahagian paling bawah Blog ini.
  • Melalui email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • Melalui PM ke Page kami di QasehMuslimah.Munirah
  • Melalui WhatsApp kami di 011-24274941
Terima kasih kerana sudi membaca entry kami pada kali ini...
Till we meet again!!!

enjoy shopping and crafting with us....