Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, December 1, 2014

Keychain Konvo untuk Sahabat!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lambat sikit update Blog kali ni. Almaklumlah, musim tak berapa sihat. Dah habis cara nak tahan badan dari sakit tapi apakan daya, DIA nak buangkan segala dosa-dosa kecil kami. So, dah nak masuk 1 minggu batuk-batuk, selesema & sakit tekak. Kadang-kadang berkahak & demam manja-manja (^_^) ... Dugaan... Alhamdulillah DIA sayangkan hambaNya yang kerdil ini..

Petang-petang macam ni terfikir 2,3 kali juga nak online. Di area rumah kami ni time petang macam ni dah start hujan+angin+guruh+petir...Risau juga bila nak online. Kebetulan cuaca hanya mendung so ambil kesempatan sekejap update apa-apa yang patut!!

Entry kali ini kami nak share dengan korang berkaitan dengan KEYCHAIN KONVO dari koleksi kami. Untuk makluman semua, kami tiada sediakan koleksi ready stock lagi buat masa ni. Sebabnya tak tercapai tanganku nak siapkan ready stock & order customer sekaligus!!! So, semua entry kami adalah tempahan yang telah selamat sampai kepada tuannya.. 

Koleksi : Keychain Konvo
Kod : KC011214
Hiasan : Topi Konvo
Ini yang dah siap...100% complete...semoga hasil kerja kami ini dapat memberi kepuasan & kegembiraan kepada mereka yang konvo pada hari tersebut. Insya Allah...
Bagi korang yang turut sama berminat untuk menempah koleksi kami boleh terus contact kami. Koleksi kami bukan sekadar keychain comey macam ni tapi ada banyak lagi & semua boleh korang check dalam Blog kami ni..

Jika ada sebarang pertanyaan juga jangan segan silu untuk terus bertanya kepada kami. Tapi awas, hanya yang berkaitan dengan koleksi kami ini sahaja kami akan layan. Selain daripada itu, kami minta maaf ek...
  • ORDER FORM dari Blog kami di bahagian paling bawah.
  • Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
  • WhatsApp kami di No : 011-2427 4941
Untuk makluman semua juga, kami akan online sehingga jam 11.00 malam (itu paling lewat la tu...). So, korang boleh contact kami dari jam 8.30pg (kadang-kadang jam 7.00pagi dah online..bergantung pada keadaan) hingga jam 11.00 malam.
Kalau hari Sabtu & Ahad, maybe kami banyak ada urusan luar. So, korang just PM kami dan kami akan cuba reply dalam masa 24 jam... Insya Allah...

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca entry kami hari ini...
enjoy shopping & crafting with us...

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)