Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, February 13, 2015

Al-Marhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...





Berehatlah Tok Guru... Semoga Tok Guru berbahagia & gembira di sana...

"Berehatlah Wahai Murabbi
Jam 9.45 malam tadi, telah berangkat ke rahmatullah Murabbi Ummah yang melakar sejarah agung di negeri Kelantan Serambi Mekah, Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Tepat 12 Februari 2015 bersamaan tarikh kematian pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan Al-Banna yang ditembak mati pada tarikh 12 Februari 1949.
Berangkatlah menuju Tuhanmu wahai sang murabbi yang telah melahirkan ribuan kader politik dan dakwah sepanjang hayatnya. Takdir Allah yang maha agung, setelah berminggu lamanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), beliau dibawa pulang ke rumah dan tiba tepat jam 8.50 malam ketika solat Isyak didirikan di masjidnya."

Sumber :-
~ FB : Parti Islam Se-Malaysia
~ FB : Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan
~ FB : Nik Abdul Aziz Nik Mat

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)