Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, April 7, 2015

Booth di TM Point Teluk Intan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Semoga semua customer & followers kami sihat sejahtera. Almaklumlah, sekarang ni 1001 penyakit senang dapat... Lama tak update Blog ni. Dari sehari ke sahari kami terpaksa tangguh, alhamdulillah hari ni dapat juga masa untuk update Blog ni. 

Sebabkan inilah membuatkan kami super duper busy & kurang masa serta selalu terpaksa tanggung untuk update Blog ni. Memang penat & sakit-sakit badan tapi alhamdulillah kami happy.

Pada 30.03.2015 yang lepas, kami telah membuka Booth kami bertempat di Hadapan Bangunan TM Point Teluk Intan, Perak. Alhamdulillah, seronok sangat. Ramai yang datang singgah di booth kami. Sales pun alhamdulillah meriah!!!!

Kami menyediakan beberapa koleksi readymade kami yang sempat kami siapkan. Maklumlah, kami confirm tarikh 1 minggu sebelum majlis... Memang bersilat la kami.. Ini antara koleksi yang sempat kami rakamkan gambarnya... Yang lain banyak tak sempat...

Frame Jawi
Kod : FJ010415
Warna : Smokey Pink (Tulisan) / Hitam (Background)

Ini adalah koleksi terbaru kami. Customer yang datang di Booth kami adalah orang 1st yang tengok koleksi kami ni. Kalau korang berminat untuk membuat tempahan sempena perkahwinan ke, doorgift ke atau untuk hiasan rumah boleh terus ORDER dari kami. Insya Allah harga & design tu kita boleh berbincang...
 
Casing Mug
Kod : CM010415

Ini juga adalah koleksi terbaru kami. Customer yang datang di Booth kami di Teluk Intan juga adalah 1st customer kami yang beli & dapat tengok faca-to-face...hehehehe... Tempahan sudah di buka tau. So, korang bolehlah terus membuat tempahan dari kami...
 
Card Holder & Tag Holder
Kod : CH010415 & TG010415

Tempahan koleksi ini juga sudah di buka. Ready stock pun ada pada yang tak suka tunggu. Card Holder yang bahagian atas tu still ada stock lagi, begitu juga dengan tag holder tu...

Casing Gadget
Kod : CSG010415
Hiasan : 
- Casing Merah + Tulisan LOVE (Hitam)
- Casing Hijau + Love Cupid & Flowers

Ini antara Casing Gadget yang sempat kami rakamkan. Buat masa ini design ini still AVAILABLE & ada ready stock. Untuk tempahan costumize pun kami sentiasa ON

Casing Kotak Tisu
Kod : CT010415
Hiasan :-
- Warna : Dark Brown + Polcadot Brown + Bunga Melur Merah + Love & Ribbon
- Warna : Grey + Black + Logo CHANEL (Yellow) + Bunga Rose (Yellow)

Just tinggal 2 design ni je yang sempat kami rakamkan gambarnya. Yang lain dah di beli orang. So maaf sangat-sangat... Kami tak sempat nak ambik gambar semua...
Casing Kotak Tisu ni still ada READY STOCK... Nak tempahan mengikut design sendiri pun boleh...

Insya Allah, nanti kami akan update satu persatu siap ada gambar zoom depan belakang kiri & kanan lagi tau... Ini entry pengenalan bagi booth kami... chewah!!!! 

Ada items yang tidak sempat kami ambil gambarnya untuk share dengan korang. Tapi takpe, insya Allah kami akan update lagi dari masa ke semasa. Nak kena check tepon lagi satu, manalah tau ada gambar semasa buka booth tempoh hari.

Seperti biasa, kalau korang berminat untuk membuat tempahan, boleh terus PM/WhatsApp kami. Dimana??? Macam mana??? Senang sangat...
  • WhatsApp kami di No : 011-2427 4941
  • PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah 
  • Email kami di : qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • Menggunakan ORDER FORM kami di bahagian paling bawah Blog ini.
terima kasih luangkan masa korang baca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us....

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)