Friday, June 12, 2015

Aneka PUDING

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Bulan Ramadhan dah makin hampir... Insya Allah kami sudah bersedia & bersemangat untuk menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Kami semakin berbunga-bunga bila nampak macam-macam resipi & rajin je tangan ni nak memasak. So, dengan bangga dirinya kami buka box untuk pelbagai resipi bagi rujukan kami & juga korang semua... Sama-sama kita share & kongsi maklumat ni...
>> PUDING KARAMEL <<

Bahan A :-
6-8 biji telur (terpulang kepada korang sendiri)
1 cawan gula.
1 tin susu cair
sedikit esen vanilla

Bahan B :-
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya :-
~ Karamel kan bahan-bahan B. Siap & tuangkan ke dalam acuan. Ketepikan.
~ Dengan menggunakan blander, satukan bahan-bahan A. Blend hingga semuanya sebati.
~ Tuangkan bahan A tadi di dalam acuan. Gunakan tapis supaya aduanan sentiasa ringan & gebu.
~ Kukus dalam masa 20 minit.

>> PUDING OREO <<

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali 25 gram...

1 tin susu cair
1250 ml air
100 gram gula
2 biji telur
1 bungkus biskut Oreo
Aiskrim - perisa vanila (5/6 scoop)
sedikit esen vanila

Cara Penyediaan:
~ Basuh agar-agar tali kemudian masak bersama 1250 ml air diatas dapur dengan api sederhana.
~ Masukkan gula dan kacau perlahan-lahan.
~ Oreo dikisar dalam pengisar kering.
~ Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
~ Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati.
~ Kemudian masukan oreo yang dikisar. Kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
~ Sejukkan di dalam acuan ataupun loyang.
~ Dah beku bolehlah dipotong.

>> PUDING SANTAN GULA MERAH <<

Bahan-Bahan :-
10-12 gram agar-agar (guna agar-agar bertali)...

3 1/2 cawan air
3 helai daun pandan
1 biji telur
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 ketul gula melaka (anggaran dalam 220 gram)
1 sudu besar gula merah thai
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan :-
~ Pukul telur bersama santan pekat, tapis dan ketepikan. Ini kerana untuk mengelakkan ketulan telur putih yang tak sekata apabila dimasak nanti.
~ Masak gula melaka, gula merah thai dan gula pasir sehingga larut dan kemudian tapis.
~ Masak agar-agar bersama air gula tadi dan daun pandan sehingga cair.
~ Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.
~ Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan hakus dapat terbentuk cantik.
~ Tuang dalam loyang dan sejukkan.

>> PUDING MARBLE PELANGI <<

Bahan :-
1 paket agar2 serbuk (13 gm)...

675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm butter
4 biji telor saiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation (guna Ideal Nestle)
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilabeberapa titis pewarna merah dan kuning, boleh tambah kaler hijau dan biru.

Cara Memasak :-
~ Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
~ Pukul telur sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
~ Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
~ Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
~ Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
~ Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
~ Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
~ Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..
>> PUDING ROTI MENTEGA <<
BAHAN-BAHAN:
6 keping roti sandwic | potong tiga segi
500ml susu segar ...

3 biji telur
50gm gula
* susu segar. telur dan gula disatukan dan panaskan suam-suam
BAHAN TABUR:
Gula perang secukupnya
Buah-buahan campuran secukupnya
Mentega secukupnya | dipotong kecil-kecil

BAHAN SOS:
250ml susu segar
1 sudu teh vanila
30gm gula kastor
2 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Susun roti di dalam loyang secara bertindan.
2. Selepas itu tuang susu atas roti hingga basah dan masukkan bahan tabur.
3. Kemudian susunkan roti dan ulang lagi proses sama. Lakukan sebanyak empat lapis dan bakar hingga masak Sejuk dan ketepikan.
4. Membuat sos, satukan kesemua bahan sos dan masak di atas api perlahan. Tapis.
5. Tuangkan di atas puding roti tadi.
>> PUDING SUMI JELLY <<
Bahan-bahan :-
37.5 gm agar-agar tali
8 cawan air...

1 1/4 cawan gula pasir
1 tin susu cair
Sumi Jelly secukupnya
pewarna merah jambu
pewarna kuning
pewarna hijau
Caranya :-
1. Susun sumi jelly di dasar acuan.
2. Masak agar-agar tali hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan gula pasir. Kacau lagi hingga gula hancur dan sebati.
4. Masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sebati.
5. Perlahankan api. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
6. Letakkan pewarna dalam setiap adunan.
7. Tuang adunan pertama ke dalam acuan secara perlahan. Biarkan mengeras.
8. Lorekkan permukaan lapisan tadi dengan garpu atau pisau. Tuang pula lapisan kedua dan biarkan mengeras.
9. Seterusnya tuang lapisan ketiga dan ikut seperti langkah di atas.
Biarkan sejuk di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
>> PUDING TEMBIKAI <<

Bahan-Bahan
(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)
1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)...

2 keping roti gardenia
6 cawan air (4cwn air) 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat)
1 cawan susu cair (sy tambah)
2 sudu besar mentega 1 sudu kecil esen vanila cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam sedikit pewarna hijau /merah.
Cara-Cara:-
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.
>> PUDING CENDOL <<
Lapisan Cendol
Bahan-bahannya :-
500 ml air.
170 gm gula halus
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm )
250 ml santan ~ ita guna santan KARA ( santan KARA ni ita campur air jadikan 250 ml )
secubit garam
30 gm tepung jagung
500 gm cendol
Cara-Caranya :-
Panaskan 500 ml air dengan gula halus hingga gula larut
Satukan agar-agar dengan 250 ml air dan tuangkan dalam adunan gula, masak hingga agar-agar larut
Satukan santan, tepung jagung dan garam, kacau rata hingga tepung tidak berbintil
Tapis, dan tuangkan dalam adunan agar-agar
Bila didih, tutup api
Biar suam sikit baru masukkan cendol.
Sediakan loyang ukuran 10 x 10 inc
Basahkan dengan air
Tuangkan agar-agar cendol
Biarkan ia mengeras
Sementara lapisan cendol mengeras kita sediakan lapisan gula Melaka.

Lapisan Gula Melaka
Bahan-bahannya :-
200 gm gula Melaka
500 ml air
2 helai daun pandan di simpul
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm)
250 ml santan pekat ~ ita guna KARA
secubit garam
Cara-caranya :-
Panaskan 500 ml air bersama dengan gula Melaka dan daun pandan
Bila gula dah larut, angkat dan tapis
Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan agar-agar serbuk dan masak hingga agar-agar larut
Tuangkan air gula Melaka yang telah di tapis
Tuangkan juga santan dan secubit garam
Kacau senantiasa supaya santan tak pecah

Sebelum tuangkan lapisan gula Melaka ke atas agar-agar cendol, cucuk dahulu permukaan lapisan cendol atau cakar-cakar permukaannya supaya lapisan gula Melaka melekat dan tidak tertanggal nanti.
Kemudian tuangkan lapisan gula Melaka
Biarkan ia sejuk sebelum di dinginkan dalam peti ais.

Tips dan panduan :- Untuk mengelakkan cendol mendap ke bawah, pastikan masukkan cendol dalam adunan santan tu apabila adunan santan telah suam.
Kacau rata baru tuang dalam loyang.

Untuk mengelakkan lapisan daripada tertanggal atau tidak melekat. Pastikan adunan lapisan santan ( cendol ) masih suam ketika lapisan gula Melaka di tuang.
Pastikan juga lapisan atasnya di cakar atau di cucuk-cucuk dengan garfu supaya ia melekat dan tidak tertanggal.


Banyak kan? Dalam banyak-banyak ni hanya Puding Roti Mentega, Puding Sumi Jelly & Puding Tembikai yang kami tak sempat mencuba lagi. Insya Allah akan dating...heheheheh...Manakala  Puding Karamel adalah resipi 100% dari kami.. Siap buat jual lagi tu.  Kami tak suka resipi yang complicated sangat, kami selalunya buat yang mudah, cepat & sedap!!!!
Jom kita pakat-pakat cuba buat (^-^)

enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)