Friday, July 31, 2015

QM-M Delicious Taste...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Tiba-tiba pula rasa rajin nak update entry sebelum menerjah masuk ke Bulan Ogos 2015 ni. Banyak plan untuk kerja-kerja & business start bulan Ogos 2015 ni. Almaklumlah start bulan Ogos, maka start hari-hari bertuah buat kami sekeluarga. Birthday insan tersayang & tercinta dalam hidup kami bermula dari bulan Ogos...hehehehe... 

Buat korang yang follow Instagram/FB/Page FB QasehMuslimah.Munirah, mesti korang dah biasa dengan gambar-gambar di bawah ni. Ini adalah antara produk kami. Selalunya kami update gempak-gempak time puasa & raya sahaja kerana kami memang tumpu 100% pada masa tersebut. So, produk lain kami slow kan sedikit. Kalau semua kami pulun, takut tak terkejar.
Tapi selepas mendapat respond yang baik dari followers & customer kami yang lama mahupun baru, kami cuba manage supaya tempahan akan di ambil juga setiap bulan. Maknanya tidak hanya tertumpu pada masa-masa tertentu sahaja. Tambahan pula kami mendapat support yang baik dari partner kami. So, kerja tu boleh di bahagi-bahagi. 

~~ Puding Gula Hangus/ Apom Gula Hangus ~~
  • Tempahan di sekitar Ipoh / Teluk Intan / Silibin / Meru / Setiawan / Lumut & kawasan-kawasan sekitarnya.
  • Jika kawasan korang luar dari sepertimana kami inform di atas, boleh di bawa berbincang.
  • Untuk packing tu bergantung kepada permintaan customer.
  • Kami terima tempahan untuk majlis-majlis samada dalam kuantiti kecil mahupun besar.
  • Selain itu, kami juga menyediakan APOM MINI (gambar takde sebab tak sempat ambik gambar dah terjual & masuk perut...hehehehe)

~~ Puding Kastard Koktail ~~
  • Tempahan di sekitar Ipoh / Teluk Intan / Silibin / Meru / Setiawan / Lumut & kawasan-kawasan sekitarnya.
  • Jika kawasan korang luar dari sepertimana kami inform di atas, boleh di bawa berbincang.
  • Untuk packing tu bergantung kepada permintaan customer.
  • Kami terima tempahan untuk majlis-majlis samada dalam kuantiti kecil mahupun besar.

~~ Kek Choc Kukus / Cup Cake / Kek Mini ~~
  • Tempahan di sekitar Ipoh / Teluk Intan / Silibin / Meru / Setiawan / Lumut & kawasan-kawasan sekitarnya.
  • Jika kawasan korang luar dari sepertimana kami inform di atas, boleh di bawa berbincang.
  • Untuk packing tu bergantung kepada permintaan customer.
  • Kami terima tempahan untuk majlis-majlis samada dalam kuantiti kecil mahupun besar.

~~ Popia Mini Gulung ~~
  • Tempahan & penghantaran di seluruh Malaysia / Sabah / Sarawak.
  • Packing adalah bergantung kepada permintaan customer. Kami juga menerima tempahan untuk deco packaging (kalau nak bagi doorgift ke, hadiah ke..).
  • Tempahan secara borong & runcit juga kami terima. Untuk majlis-majlis tertentu juga kami terima.
  • Harga runcit = RM 30.00/kg (tidak termasuk postage fee). 
  • Harga borong (lebih 10kg) = RM 28.00/kg (tidak termasuk postage fee).
  • Jika packaging selain dari balang sepertimana gambar di atas, harga di kira lain, bergantung kepada jenis & harga balang yang di minta.

~~ Kuih Siput ~~
  • Tempahan & penghantaran di seluruh Malaysia / Sabah / Sarawak.
  • Packing adalah bergantung kepada permintaan customer. Kami juga menerima tempahan untuk deco packaging (kalau nak bagi doorgift ke, hadiah ke..).
  • Tempahan secara borong & runcit juga kami terima. Untuk majlis-majlis tertentu juga kami terima.
  • Harga runcit = RM 30.00/kg (tidak termasuk postage fee). 
  • Harga borong (lebih 10kg) = RM 28.00/kg (tidak termasuk postage fee).
  • Jika packaging selain dari balang yang kami sediakan, harga di kira lain, bergantung kepada jenis & harga balang yang di minta.

~~ Popia Mini Nestum ~~

~~ Serunding Kelantan ~~
  • Tempahan & penghantaran di seluruh Malaysia / Sabah / Sarawak.
  • Serunding original dari Kelantan & 100% handmade orang kampung. 
  • Kami sediakan SERUNDING DAGING / SERUNDING AYAM / SERUNDING IKAN.
  • Harga adalah bergantung kepada harga semasa.
  • Tempahan secara runcit & borong di terima.
Ini antara produk makanan yang kami sediakan. Insya Allah dari masa ke semasa kami akan tambah menunya. Ada produk makanan yang kami hanya terima di beberapa kawasan sekitar Perak sahaja & ada yang kami sedia penghantaran seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Jika korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk makanan kami ini ataupun hendak ORDER, boleh terus contact kami melalui :-
  • WhatsApp : 011-2427 4941 (Eira/Eppy)
  • Facebook : Munirah Mustafar 
  • Facebook Page : QasehMuslimah.Munirah
  • Email : qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • Blog : http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
Terima kasih sudi luangkan masa membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Thursday, July 30, 2015

List PINJAMAN/YAYASAN & BIASISWA Pendidikan...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, dapat bertemu lagi kita di dalam ruangan Blog kami ni. Lama kami tak update tentang produk & koleksi kami di sini. Tapi hari ini, kami still lagi tidak dapat update berkaitan produk & koleksi kami kerana gambar-gambar belum di edit & di labelkan. Itu menuntut masa lebih sikit...hehehehe...

Untuk entry hari ini, kami nak share berkaitan dengan PINJAMAN/BIASISWA yang Insya Allah boleh di mohon oleh bakal-bakal & pelajar sedia ada. Kebetulan adik kami juga bakal menyambung pengajiannya. So bagi keluarga kami yang kurang berpendapatan tinggi ni & alhamdulillah adik-adik kami yang level IQ yang membanggakan Insya Allah berkelayakan memohon. Lain yayasan/biasiswa, lain syarat-syaratnya. Sekurang-kurangnya apabila tamat belajar nanti, mereka tidak di bebankan dengan bayaran pinjaman yang tinggi faedahnya & Insya Allah jika di permudahkan & dimurahkan rezeki dapatkan dia berkhidmat di syarikat pinjaman/biasiswa yang di terima.. Amin...

Semoga info ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua. Yang penting, baca betul-betul syaratnya. Apply dengan penuh cermat.

  • Tawaran Biasiswa IPTA.
  • Tawaran Pinjaman Boleh Ubah IPTA Peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda.
  • Tawaran Biasiswa UNITEN Peringkat Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PHD)
  • Permohonan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Dalam Negeri & Luar Negara.
  • Peringkat PHD, Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma & Latihan Sijil Kemahiran.
  • YTM Talent-A (Dalam Negara)
  • YTM Talent-A (Luar Negara)
  • Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong.
  • Program Pelajar Cemerlang.
  • Program Penajaan Ke Universiti Perdana.
  • Program Ijazah Dalam Negara.
  • Program Kejuruteraan Jepun, Korea, Jerman & Perancis.
  • Program Biasiswa Politeknik.
  • Skim Biasiswa MyBrainSc
  • Sistem Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT.
  • Terbuka untuk Diploma & Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.

Sebenarnya ada beberapa lagi yayasan/pinjaman/biasiswa yang ada tapi link mereka tidak dapat di access. So, kami tidak masukkan dalam list kami ni. Harap apa yang ada ni dapat membantu korang semua juga. Tambahan lagi ini adalah salah satu cabang untuk korang mendapatkan kemudahan bantuan kewangan melanjutkan pelajaran selain menggunakan khidmat PTPTN..

Jika korang ada maklumat berkaitan dengan yayasan/pinjaman/biasiswa yang tiada dalam list kami ni, mohon share di ruangan komen. Semoga bantuan tidak seberapa kita ini dapat memberi 1001 kesenangan kepada yang memerlukan. Insya Allah...

List yang kami berikan ini untuk makluman korang bukan semuanya tawaran still ON.. Ada yang dah lepas tarikhnya, ada yang lepas tawaran belajar di terima baru boleh apply, ada yang dah masuk belajar baru dapat apply... Yang penting korang kena sentiasa check website tu. Yang mana boleh & layak apply, terus la apply... (^_^)

Panjang lebar lak entry kali ini. Doa kami semoga segala urusan kami & korang semua di permudahkan & dipermurahkan. Mesti ingat satu perkara, sebelum start apa-apa mulakan dengan 'bismillah' serta perbetulkan niat di hati kemudian akhirinya dengan 'alhamdulillah'...

Terima kasih singgah di entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

 OPEN FOR ORDER ---> FELT CRAFT

 OPEN FOR ORDER ---> POPIA MINI SERUNDING

OPEN FOR ORDER ---> KOLEKSI HANDBAG

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Monday, July 27, 2015

Air Nabeez

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pernah dengar tentang air nabeez? Air nabeez adalah minuman sunnah yg mempunyai banyak khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat. Ia adalah minuman berakali, mampu membantu membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan serta menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox!! (Tak payah nak popular kan lemon... Guna kurma lagi bagus... Ikut sunnah)

Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sistem limpa, hati, tekak melapangkan dada dan bagus utk prostate. Sebab itu kaum lelaki amat di galakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout

Cara penyediaan air nabeez ni, mudah yg amat. Selepas isya', rendam kira2 100gm kurma/100gm kismis didlm 1 liter air. Kurma ajwa adalah yang terbaik, tapi boleh jugak gunakan kurma2 yang lain. Kalau kismis, manaqqa (warna kuning) lebih baik dari yang hitam. Saya guna 3 biji kurma @ segenggam kismis utk segelas air. Kalau kurma, lebih baik angka ganjil... Tutup gelas tersebut dan biar semalaman@ kira2 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas ya. Lagi satu, jgn di campur kurma & kismis. Gunakan salah satu sahaja... Esok pagi, keluarkan kurma tu, kacau & minum. 

Kurma tu boleh di makan begitu je atau di kisar dgn air nabeez tadi, dan minum. Kalau nak minum malam, boleh rendam pada waktu pagi. Minum sebaik2 nya selepas makan, bukan time perut kosong. Lebih baik 2 jam setelah makan terutamanya selepas makan daging. Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum. Untuk lebih selamat, simpan dlm peti sejuk agar nabeez tidak mudah rosak.

'Abdullah r.a berkata; aku mendengar Sufyan bertanya ttg nabeez, Nabi menjawab; 'buat lah di malam hari dan minum ketika pagi'
Hadis sahih dari Sunan an Nasa'ai vol 6, buku 51, Hadith 5745 

Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata; Jgn menyediakan nabeez dgn mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yg tlh masak bersama2, dan jangan mencampurkan anggur(kismis) Dan kurma bersama tetapi hendaklah di lakukan secara berasingan.
Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yg disediakan utk Nabi saw akan di minum oleh baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada ptg hari ketiga, baginda akan minum dan memberi kepada sahabat nya. Baki air tersebut Akan di buang.
Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974

Korang boleh try buat sendiri air nabeez ni. Kita semua kan tahu khasiat kurma ni bermacam-macam. Yang penting, dimulakan dengan Bismillah & di akhiri dengan Alhamdulillah... (^_^)

selamat mencuba...
enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Friday, July 24, 2015

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Masih belum terlambat lagi untuk kami di QasehMuslimah-Munirah mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua keluarga, sanak saudara, sahabat handai, followers serta customer yang mengenali kami...

Semoga Ramadhan & Syawal kali ini meninggalkan serta menetapkan 1001 kebaikan kepada kita semua... Amin...

Salam Aidilfitri untuk semua... 
Insya Allah kita cuba untuk berpuasa enam pula ek...

Semoga kita dapat manfaatkannya bersama-sama...

Terima kasih kerana sudi singgah di Blog kami ini...
Untuk makluman semua, jualan untuk SERUNDING IKAN/DAGING/AYAM still OPEN tau. Korang nak borong ke, nak makan-makan biasa ke, nak buat kuih ke, semua boleh. Di jamin Halal, bersih, suci & sedapppppp!!!!!

Untuk jualan Felt Craft, Handbag, Stevia Sweetener & Produk Qaseh Gold pun dah OPEN... Korang boleh terus PM & WhatsApp kami...
Insya Allah kami tawarkan harga yang berpatutan & rendah...

enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Wednesday, July 8, 2015

Doa Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita dah masuk ke 10 malam terakhir Bulan Ramadhan. Kita sama-sama lipat gandakan amalan kita, almaklumlah dah sampai hujung Ramadhan. Entah bila lagi kita mampu berjumpa Bulan Ramadhan dengan keadaan tenang & sihat begini...
Setiap tahun ketika bulan Ramadhan memang tak sabar sangat bila sebut tentang Malam Lailatul Qadar ni. Permintaan & doa kami sekeluarga sentiasa ada & bertambah. Dan kami tidak jemu-jemu memohon kepada-Nya... Sesungguhnya DIA suka jika hambaNya merayu, meminta & berdoa kepadaNya...

Kami juga nak share dengan korang doa-doa amalan untuk malam-malam 10 terakhir Bulan Ramadhan. Jom kita sama-sama beramal...

Semoga apa yang kami share di sini dapat memberi manfaat & menambahkan ilmu kepada diri kita semua. Insya Allah Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari yang sebelumnya...

Di kesempatan ini pihak kami juga ingin meminta maaf jika ada sebarang kesalahan & terkasar bahasa dari pihak kami suami isteri. Maklumlah, kami juga manusia biasa. Kadang kala ada emosi yang tidak dapat kami kawal...
Jika kami terlewat reply PM/WhatsApp korang pun kami turut minta maaf. Hari-hari kami amat sibuk & kadang kala kami langsung tidak berkesempatan untuk online...

Terima kasih kepada semua kerana sudi singgah di Blog kami ini...
enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Tuesday, July 7, 2015

LAST POSTAGE TODAY!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

PERHATIAN SEMUA kepada customer, agen, bakal customer & followers QM-M...

Hari ini merupakan LAST POSTAGE bagi bulan Ramadhan ini. Pihak QM-M akan start bercuti mengambil tempahan online...

Ini adalah bagi mengambil langkah berjaga-jaga agar tiada sebarang masalah & isu kelewatan barang terima sebelum menjelang Syawal. Maklumlah sekarang ni di pejabat courier company & poslaju ada beribu-ribu parcel yang menunggu untuk di hantar sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. So, kami tidak mahu ambil risiko tersebut. Kesian kepada customer kalau barang yang di harap-harapkan sampai sebelum raya tapi 1 minggu lepas raya nanti baru dapat...
So, ini adalah salah satu langkah berjaga-jaga kami bagi menjaga kualiti setiap barang & kerja kami. 

Pihak QM-M akan mula beroperasi menerima tempahan online pada masa & tarikh yang bakal di beritahu kelak... Jangan risau, kami akan sentiasa update uolllsss tau...

Untuk tempahan walk-in akan beroperasi seperti biasa (hanya untuk produk POPIA MINI, KUIH SIPUT, SERUNDING, TUDUNG BAWAL shj) & available sehingga stock habis...
Buat pengetahuan korang, Stock Popia Mini just tinggal tak sampai 5 balang lagi. Serunding Ikan just tinggal 3 bungkus (packaging 1/2 kg), Tudung Bawal Clearance just tinggal 10 helai sahaja lagi... Kuih siput pula Insya Allah ada stock dalam 10 balang lagi..

Sebarang pertanyaan boleh terus PM / WhatsApp pihak QM-M...

enjoy shopping & crafting with us...
Selamat berpuasa...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Thursday, July 2, 2015

Doa Amalan Bulan Ramadhan 11 ~ 20

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Dah banyak kali kami terpaksa skip update Blog. Busy sikit sepanjang Ramadhan ni. Almaklumlah sekarang ni belanja harian semakin meningkat, semua barang naik harga, so kami kena kerja keras untuk perbelanjaan harian & masa depan kami sekeluarga. 
Anyway, hari ni kami tetap share dengan korang antara doa-doa amalan sepanjang bulan Ramadhan ini... Jom amalkan...

Semoga kita semua dapat melipat gandakan amalan kita sempena Bulan yang mulia ini, Bulan Ramadhan.
Maaf kami tidak dapat celoteh panjang kerana masa amat terhad. Insya Allah nanti kami akan update segala coretan yang terbaik untuk korang...
Salam Ramadhan...