Thursday, December 31, 2015

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Insya Allah, esok kita semua akan melangkau ke satu permulaan di tahun baru. Perasaan kami bercampur baur... Banyak kenangan indah & pengalaman berharga telah kami lalui bersama-sama di 2015...

Harapan kami semestinya inginkan yang terbaik untuk diri kami, keluarga & kehidupan kami semua. Dan semoga apa yang di rancangkan pada tahun 2016 ini sedikit sebanyak menjadi perencah yang memberi semangat serta keberkatan kepada kami semua...

Oleh itu, kami dari keluarga QasehMuslimah-Munirah dengan rendah hatinya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2016 kepada semua customer, followers & bakal customer kami...
Terima kasih atas kepercayaan & support yang tidak terhingga kepada business kecil-kecilan kami ini. Insya Allah pada tahun baru ini kami akan cuba upgrade perkhidmatan & pengurusan business kami...

Korang nak tahu apa azam kami untuk tahun 2016???
Erm...sepertimana azam kami yang sebelum ini juga... hehehehehe... Kami tiada specifikan azam kami setiap tahun, cukuplah sekadar kami sentiasa berdoa & berusaha memberikan & mendapatkan yang terbaik untuk kami, keluarga, bangsa & negara... amin...





Wednesday, December 30, 2015

2nd Trial : Flavo Choc

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Alhamdulillah, dapat update Blog kejap hari ni. Maklumlah dah akhir tahun, banyak benda nak kena settle kan. Just tinggal 1 hari je lagi nak masuk tahun baru. Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua followers, customer & bakal customer kami.

Alhamdulillah, banyak kenangan & pengalaman sepanjang tahun 2015 ni. Alhamdulillah business pun semakin baik & terus baik, Insya Allah... Apa azam tahun baru korang? Kami seperti biasa, mengharapkan & berusaha untuk menjadi yang terbaik dan mendapatkan yang terbaik untuk diri kami & keluarga. Susah macam mana sekalipun kami tetap usaha & percaya Allah s.w.t sentiasa menjaga & bersama kami... Amin...

Okeylah, hari ni kami nak share pasal 2nd trial kami untuk projek FLAVO CHOC..!!! Korang dah baca ke belum entry sebelum ni? Kalau tak baca lagi boleh rujuk entry ni >> 1st trial : Flavo Choc  ...
Bagaimana kami usaha untuk mendapatkan rasa Flavo Choc yang kaya dengan coklat & menggunakan packaging yang sesuai untuk pengguna & pelanggan kami...

Selepas 1st trial tu, then kami cuba pula packaging yang kecil sedikit dengan harga lebih rendah. Bekas lebih kurang sama cuma saiznya beza dalam 2cm camtu je...
Ini diaaaa.... Design bekas sama je macam yang 1st trial cuma saiz kecil sedikit. Beza dalam 2cm macam tu. So, di sebabkan saiz kecil kami pun kurangkan harga sedikit. Berbaloi la dengan apa yang di sediakan.

Ni terdapat perasa Flavo Choc : Peanut ,  Flavo Choc : Oreo & Flavo Choc : M&M ... Ini tempahan yang kami terima dari rakan tempat kerja sepupu husband. Nampak tak coklat tu banyak mana?? hehehehehe...

Ini dalam proses siapkan order customer juga. Cuma kami lupa pulak customer mana satu...hehehehehe...

Ini pula tempahan yang kami terima dari customer kami sekitar Ipoh je. Sebabkan die beli lebih dari 2, dalam kuantiti banyak & sebab nak hadiahkan kepada kawan-kawan kerja die, so kami delivery sekali dengan box pink ni!!! Cantik ke idok??? 

Nak buat goodies/doorgift pun boleh tau... Just order dari kami, Insya Allah kami akan siapkan mengikut budget korang...
Ini adalah 2nd trial kami... Tapi kami still belum puas lagi untuk explore. Memang kami terima banyak maklum balas & cadangan tapi kami masih usaha untuk dapatkan satu gambaran fizikal yang meletoopppp!!!!

Nak tahu episod seterusnya??? chewahhhh...macam dalam drama episod pulak !!!
3th trial kami mungkin yang meletopppp kot...
Nanti kami kongsikan lagi di tahun depan...
tunggu entry kami yang akan datang...3th trial...

Orait, nanti kami update lagi entry tentang perjalanan busines FLAVO CHOC kami ini sehingga satu tahap kami memang tak menang tangan untuk penuhi permintaan customer kami... Jika berminat untuk membuat tempahan sebagai DOORGIFT, GOODIES atau makan sendiri, boleh contact kami melalui :-

WhatsApp : 011-2427 4941
Email : qasehmuslimah.munirah@gmail.com

Jangan lupa juga, kami di QM-M telah membuka tempahan sepanjang tahun bagi produk QM-M DELICIOUS TASTE kami. Korang boleh hubungi kami menerusi talian di atas juga... Link entry yang lepas kami QM-M Delicious Taste

Antara produk QM-M DELICIOUS TASTE kami adalah :-
  • Puding Gula Hangus
  • Apom Gula Hangus
  • Puding Kastard Koktail
  • Kek Choc Kukus / Cup Cake / Kek Mini
  • Popia Mini Gulung
  • Kuih Siput
  • Popia Mini Nestum
  • Serunding Kelantan (Daging/Ayam/Ikan)
  • Flavo Choc
  • Slurp Taste
  • Roti Jala
Selain itu, kami di QasehMuslimah-Munirah juga ada menjual produk-produk lain seperti :-
  • Handbag / Backpack
  • Produk Cathy Choo
  • Produk Stevia Sweetener
  • Produk Qaseh Gold
  • Tudung Bawal / Shawl
Lastly, terima kasih atas kesudian korang baca entry kami kali ini. Jangan lupe singgah lagi & shopping bersama kami...
enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Friday, December 18, 2015

Keychain & HP Charm in the house!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Tiba-tiba pulak hari ni rajin nak update Blog... Apakah?? hehehehe... Bila ada peluang so kami cuba update apa yang patut. 
Dah lama rasanya kami tak update tentang koleksi keychain kami. Maklumlah sebab utamanya terlalu banyak lagi koleksi yang kami belum berkesempatan untuk update. So, apa kata hari ni kita share entry tentang koleksi keychain kami...

Koleksi & design keychain yang kami nak share hari ini. Memang majority customer kami suka sangat design bentuk LoVE tu... Sebenarnya kami pun suka... 
Erm...kami mohon maaf juga maybe kualiti gambar tidak berapa cantik sebabnya waktu itu kami just ambil gambar menggunakan handphone Samsung Y je... Maaf sangat-sangat ek...

Koleksi : Keychain Bantal Panjang.
Kod : KC011215
Tulisan : CHEN (Hitam) / HAZIMAH (Red)


Koleksi : Keychain Bantal Panjang.
Kod : KC021215
Tulisan : OPIE (Red) / ROZANNE.R (Hitam)


Koleksi : Keychain LoVe
Kod : KC031215
Tulisan : ADZRA (Black)
Hiasan : Felt Brown + Polcadot


Koleksi : Keychain LoVe
Kod : KC041215
Tulisan : FORITA (Black)
Hiasan : Felt Strawberry
 
Koleksi : Keychain LoVe
Kod : KC051215
Tulisan : AISHAH (Red) / KRIS (Orange)


Koleksi : Keychain Bantal Bulat.
Kod : KC061215
Tulisan : LAY (Light Purple) / Do (Light Purple)


Koleksi : Keychain Bantal Bulat.
Kod : KC071215
Tulisan : SITI (Black) / TAO (Brown)

Ini semua koleksi keychain yang di tempah oleh customer kami. Design yang di pilih sendiri oleh customer kami juga. Cuba untuk hiasan simple -simple tu kami touch-up kan sebab memang customer kami ni nak keychain se simple mungkin. 
Opsss... tunggu dulu. Ada satu lagi koleksi yang termasuk dalam senarai tempahan customer kami ni...


Koleksi : Handphone Charm
Kod : KCHP011215
Warna : Turqouise
Hiasan : Bunga-bunga kecil (Smokey Pink/Orange/Pink)

Alhamdulillah, settle update!!!!
Bolehlah kami sambung balik siapkan tempahan POPIA MINI GULUNG & KUIH SIPUT kami. Alhamdulillah, walaupun sekarang orang dah berkira-kira nak shopping tapi rezeki kami tetap ada & berpanjangan Insya Allah... Kami percaya semua customer, bakal customer & followers kami yakin dengan koleksi/produk kami yang berharga MAMPU MILIK serta berkualiti tinggi...

Semoga hasil jahitan kami ini mendapat tempat di hati semua customer & followers kami. Jika korang still tak confirm macam mana nak membuat tempahan mahupun melayangkan 1,2 soalan, korang boleh terus contact kami melalui :-

WhatsApp : 011-2427 4941
Email : qasehmuslimah.munirah@gmail.com

Jangan lupa juga, kami di QM-M telah membuka tempahan sepanjang tahun bagi produk QM-M DELICIOUS TASTE kami. Korang boleh hubungi kami menerusi talian di atas juga... Link entry yang lepas kami QM-M Delicious Taste

Antara produk QM-M DELICIOUS TASTE kami adalah :-
  • Puding Gula Hangus
  • Apom Gula Hangus
  • Puding Kastard Koktail
  • Kek Choc Kukus / Cup Cake / Kek Mini
  • Popia Mini Gulung
  • Kuih Siput
  • Popia Mini Nestum
  • Serunding Kelantan (Daging/Ayam/Ikan)
  • Flavo Choc
  • Slurp Taste
  • Roti Jala
Selain itu, kami di QasehMuslimah-Munirah juga ada menjual produk-produk lain seperti :-
  • Handbag / Backpack
  • Produk Cathy Choo
  • Produk Stevia Sweetener
  • Produk Qaseh Gold
  • Tudung Bawal / Shawl
Lastly, terima kasih atas kesudian korang baca entry kami kali ini. Jangan lupe singgah lagi & shopping bersama kami...
enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Thursday, December 17, 2015

Khasiat Minum Air Lemon Setiap Pagi.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Siapa yang amalkan minum lemon setiap pagi? Memang lemon agak mahal sikit, kalau tak salah admin RM 1.49/biji. Tapi sebijik lemon tu boleh guna untuk 3-4 hari jika untuk seorang pengguna la. Macam admin, setiap hari admin hiriskan 1 - 2 hiris lemon then campurkan air panas + madu asli... Amalkan untuk tenaga & kesihatan.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu

  • Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. 
  • Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati.
  • Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

 Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

  1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati. 
  2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
  3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
  4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
  5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
  6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
  7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
  8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
  9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
  10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
  11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
  12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:


Menghilangkan acne
 
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam) Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas
 
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress. Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:

Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
 
Tiada lagi ulser mulut.   
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni   
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam
 
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.  

Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak
 
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
 

Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan


Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema


Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan
 
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
 

Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam


Hypertension
 
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
 

Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah


Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu

Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil


Menidurkan Insomnia
 
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan


Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!

 

Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil


Menghilangkan nafas berbau!  
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
 

Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.




Memang ada banyak produk vitamin C yang sedia maklum amat baik untuk kulit, kesihatan & pernafasan kita tapi apa kata sambil-sambil tu kita dapatkan fresh Vitamin C dari sebiji LEMON itu sendiri dan juga dari buahan yang lain...
Lebih fresh & semulajadi...
Yang penting kita kena tawakal, bersederhana & berusaha sentiasa...

Bukannya admin tak percayakan suppliment & ubat-ubatan tapi sebolehnya admin cuba dapatkan dari sumber yang asli dulu. Admin pun ada amalkan suppliment tertentu, tapi dalam masa yang sama admin cuba dapatkan dari sumber asli juga... Sebabnya pegangan admin 1 perkara sahaja "Supplimen/Ubatan ni di cipta oleh Manusia seperti kita, tetapi bahan semulajadi ni di cipta oleh Allah s.w.t "
Setiap apa ciptaanNya, adalah terbaik untuk hambaNya...
Amin.. 

Jangan lupa juga, kami di QM-M telah membuka tempahan sepanjang tahun bagi produk QM-M DELICIOUS TASTE kami. Korang boleh hubungi kami menerusi talian di atas juga... Link entry yang lepas kami QM-M Delicious Taste

Antara produk QM-M DELICIOUS TASTE kami adalah :-
  • Puding Gula Hangus
  • Apom Gula Hangus
  • Puding Kastard Koktail
  • Kek Choc Kukus / Cup Cake / Kek Mini
  • Popia Mini Gulung
  • Kuih Siput
  • Popia Mini Nestum
  • Serunding Kelantan (Daging/Ayam/Ikan)
  • Flavo Choc
  • Slurp Taste
  • Roti Jala
Selain itu, kami di QasehMuslimah-Munirah juga ada menjual produk-produk lain seperti :-
  • Handbag / Backpack
  • Produk Cathy Choo
  • Produk Stevia Sweetener
  • Produk Qaseh Gold
  • Tudung Bawal / Shawl
Lastly, terima kasih atas kesudian korang baca entry kami kali ini. Jangan lupe singgah lagi & shopping bersama kami...
enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page