Enjoy shopping & crafting with us..

Saturday, December 16, 2017

Nak Wajah Cantik?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni ada mood sikit nak share tips kecantikan secara manual & menggunakan bahan-bahan segar dari ladang! Asyik guna produk je kan... So, kita nak share sambil simpan dalam Blog ni tips yang kita dapat dari http://www.viwanita.com

Kita malas nak fikir panjang, malas nak taip panjang lebar.... Jom praktik kan..

(A) NAIK KAN SERI MUKA

(1) Guna Air Basuhan Beras.
Sambil-sambil kita basuh beras untuk masak tu, kita gunakan air basuhan beras yang KE-3 untuk naikkan seri muka kita. Basuh muka dengan air basuhan beras tapi sambil berselawat 3x.. Buat secara consistent tau!

(2) Basuh Muka Dengan Air Kelapa.
Seminggu sekali, basuhkan muka dengan air kelapa & biarkan kering dahulu then baru bilas. Amalan ni bagus untuk naikkan seri muka & tegangkan kulit!

(3) Bancuhan Serbuk Kunyit & Madu.
Campurkan 1 sudu KECIL serbuk kunyit + 1 sudu BESAR madu. Ini adalah bancuhan untuk buat masker muka! Amalkan seminggu sekali.. Insya Allah parut jerawat hilang & muka tu bersih je...

(4) Sapu Yogurt Asli.
Sapu yogurt pada wajah & biarkan dalam 15 minit lalu bilas. Wajah akan nampak gebu, mulus & halus!

(B) HAPUSKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD.

(1) Bancuh Baking Soda + Jus Lemon
Bancuh 2 sudu KECIL baking soda + 2 sudu BESAR jus lemon. Kemudian sapukan pada bahagian muka yang bermasalah terutamanya kawasan T-Area (hidung + dahi) & biarkan dalam masa 3 minit.
Balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu & picit keluar whitehead + blackhead. Bilas bersih.

(C) HILANGKAN TANDA PENUAAN PADA WAJAH.

(1) Guna Air Mawar Sebagai Toner
Semburkan air mawar pada wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya pori-pori muka semakin kecil & wajah semakin berseri-seri.

Diharap tips ni mampu membantu korang semua menjaga penampilan diri korang juga. Produk moden pun kita cuba, produk asli pun kita tak tinggalkan...
Kita pun memang confirm akan cuba!!!

Terima kasih sudi luangkan masa baca entry kita kali ni..

Sunday, November 12, 2017

Ambil lagi tak Order FELT CRAFT?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Ramai yang INBOX kami, tanya dah tak ambik order FELT CRAFT dah ke? Lama tak nampak update tentang felt craft di Facebook ataupun di Blog.. Kenapa ek??

Sebenarnya adik kakak sekalian, sekarang ni kami memang super duper busy sikit. Almaklumlah, sekarang kami dah bekerja di salah sebuah syarikat di Perak ni. Office hour, start jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang! So, rutin kami memang dah berlainan sangat...
Sebab itulah kami jarang update tentang Felt Craft! Sekarang ni laju update berkaitan dengan business HANDBAG, HANDSOCK & STOKIN sahaja... Sebab itu je kami sempat nak ngadap... 

Bab ambik tak tempahan untuk FELT CRAFT???
Sebenarnya kami takde lah terus berhenti dari Felt Craft ni. Ada jugak ambik tempahan customer. Cuma sekarang banyak sikit la kami perlu consider kan...

Berapa quantiti?
Tempoh hari yang di perlukan??
Material? (sebabnya sekarang ni terhad sikit nak survey material)
Berapa lama customer boleh tunggu...?

Semua tu memang memainkan peranan penting...

So, kalau korang berminat untuk membuat tempahan Felt Craft, masih boleh terus WhatsApp/Telegram kami di no : 011-2427 4941 ...
Kita boleh bincang tentang harga, masa & sebagainya... 
Kalau dua-dua pihak tiada masalah, so boleh proceed ORDER!!

Ok?

Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh terus komen kat Blog ni...
Nak whatsApp/Telegram kami pun boleh...

Saturday, November 11, 2017

Berwajah Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Setelah sekian lama, kami nak sangat re-design balik Blog kami ni tapi selalunya masa tu takde! Kalau ada masa pun selalunya tak sampai hati nak buang yang lama & update design baru...

Tapi kali ni kami tekad! Lama pandang design lama... Then terus start dengan background baru...
Kami nak tanya pendapat korang semua..

Ok tak?
Apa perlu diperbaiki?

Tuesday, July 18, 2017

Kek Puding Gula Hangus

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 

Hari ni kita dapat jumpa lagi di ruangan Blog ni. Maaflah, kita takde masa sangat nak selalu update Blog macam dulu. Tanggungjawab bertambah. Ada perkara lain perlu di dahulukan.
Kalau korang selalu follow FB kita ( https://www.facebook.com/munirah.mustafar ), ada beberapa hari lepas kita ada update tentang KEK PUDING GULA HANGUS simple yang kita buat sendiri ualllssss...!!! Ramai yang minta resipi, termasuklah Emak kesayangan kita tau!!! So, hari ni kita nak share dengan korang... Di harap dapat membantu...


 

Ini gambar dari FB kita https://www.facebook.com/munirah.mustafar
 

Resipi kita simple je tau...
 

(A) Karamel/Gula Hangus
  • Gula dalam 3 sudu kot... Kita letak je dalam acuan kita then letak atas dapur.
  • Depend pada korang la nak banyak mana. Tapi kalau boleh elakkan terlalu manis.
  • Korang control api & jangan hangus sangat gula tu sebab nanti pahit pula. Tak sedap!!
  • Ala-ala keperangan sikit, then tutup api. Pastikan gula tu meliputi (chewahhh!!!) setiap ruang acuan.


(B) Puding.

  • Susu cair/Susu Segar (biasanya kita ambik 1 tin terus, dalam 400ml) + 2 @ 3 biji telur + 2 @ 3 sudu gula + esen vanila sikit.
  • Semua bahan atas tu, korang masukkan dalam Blender then blend...
  • Then, korang boleh tuang dalam adunan yang ada gula hangus tadi. Tapi pastikan korang tapis dulu tau.


(C) Kek Span.

  • 2 biji telur (asingkan telur putih & telur kuning)
  • Korang pukul telur putih + 30g gula hingga betul-betul kembang.
  • Pukul dalam bekas berasingan telur kuning + 30g gula hingga kembang.
  • Then campurkan dua adunan telur tu dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  • Masukkan mentega (dicairkan terlebih dahulu) & kacau
  • Masukkan tepung gandum (70gram) & kacau
  • Then korang bahagikan aduanan ikut berapa warna korang nak buat.
  • Settle warnakan adunan, then korang just tuangkan selang seli dalam adunan puding tu.
  • Adunan kek akan terapung di atas adunan puding tadi. So, korang tak perlu risau!
  • Lastly, korang kukus lah hingga masak... Settle!!!






Tada...!!!!! Jadilah...
Oklah, boleh cuba tau... Senang je kan??
 

Insya Allah kita jumpa di entry akan datang pula...

Kalau korang pun ada resipi simple, share-share la dengan kita...

Monday, May 1, 2017

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Salam Hari Pekerja untuk semua...
Kami di QasehMuslimah-Munirah doakan semoga kita semua sentiasa di murahkan rezeki & sumber rezeki kita akan diberkati & terpelihara olehNya... Amin...

**Team kami busy siapkan projek Ramadhan & Aidilfitri... Sekarang busy siapkan projek doorgift perkahwinan... (^_^)

Sunday, February 12, 2017

Brooch Cotton vs Brooch Felt

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Akhirnya dapat bernafas kembali Blog kami ni. Busy benor sampai tak sempat nak mengadap komputer. Kadang-kala masa tu ada tapi sebabkan sifat M.A.L.A.S dan P.E.N.A.T tu datang menyerang, so tak ter update!!!

Kami just nak update yang simple-simple je.
Order dari customer kami... Customer ni dah beberapa kali repeat order tau...
Jom kita terus ke gambar... Biarkan gambar sahaja yang berbicara!

Ini set yang di tempah oleh customer kami ni..

Set BROOCH.
3 unit menggunakan Kain Cotton
1 unit menggunakan Kain Felt


Brooch Felt Craft


Brooch Kain Cotton

Sebenarnya kami tidak tetapkan berapa minimum order untuk setiap barangan kami. Cuma pelanggan kami kena bijak memilih. Kalau just beli 1 brooch berharga RM1.00 pun boleh. Tapi berbaloi ke korang beli barang RM1.00 then kena bayar RM8.00 untuk postage? So, baiklah beli borong. Lagi jimat!!!

Faham kan apa yang kami maksudkan??
(^_^)

Okeylah, kita jumpa nanti di entry akan datang...
Insya Allah