Tuesday, July 18, 2017

Kek Puding Gula Hangus

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 

Hari ni kita dapat jumpa lagi di ruangan Blog ni. Maaflah, kita takde masa sangat nak selalu update Blog macam dulu. Tanggungjawab bertambah. Ada perkara lain perlu di dahulukan.
Kalau korang selalu follow FB kita ( https://www.facebook.com/munirah.mustafar ), ada beberapa hari lepas kita ada update tentang KEK PUDING GULA HANGUS simple yang kita buat sendiri ualllssss...!!! Ramai yang minta resipi, termasuklah Emak kesayangan kita tau!!! So, hari ni kita nak share dengan korang... Di harap dapat membantu...


 

Ini gambar dari FB kita https://www.facebook.com/munirah.mustafar
 

Resipi kita simple je tau...
 

(A) Karamel/Gula Hangus
  • Gula dalam 3 sudu kot... Kita letak je dalam acuan kita then letak atas dapur.
  • Depend pada korang la nak banyak mana. Tapi kalau boleh elakkan terlalu manis.
  • Korang control api & jangan hangus sangat gula tu sebab nanti pahit pula. Tak sedap!!
  • Ala-ala keperangan sikit, then tutup api. Pastikan gula tu meliputi (chewahhh!!!) setiap ruang acuan.


(B) Puding.

  • Susu cair/Susu Segar (biasanya kita ambik 1 tin terus, dalam 400ml) + 2 @ 3 biji telur + 2 @ 3 sudu gula + esen vanila sikit.
  • Semua bahan atas tu, korang masukkan dalam Blender then blend...
  • Then, korang boleh tuang dalam adunan yang ada gula hangus tadi. Tapi pastikan korang tapis dulu tau.


(C) Kek Span.

  • 2 biji telur (asingkan telur putih & telur kuning)
  • Korang pukul telur putih + 30g gula hingga betul-betul kembang.
  • Pukul dalam bekas berasingan telur kuning + 30g gula hingga kembang.
  • Then campurkan dua adunan telur tu dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  • Masukkan mentega (dicairkan terlebih dahulu) & kacau
  • Masukkan tepung gandum (70gram) & kacau
  • Then korang bahagikan aduanan ikut berapa warna korang nak buat.
  • Settle warnakan adunan, then korang just tuangkan selang seli dalam adunan puding tu.
  • Adunan kek akan terapung di atas adunan puding tadi. So, korang tak perlu risau!
  • Lastly, korang kukus lah hingga masak... Settle!!!






Tada...!!!!! Jadilah...
Oklah, boleh cuba tau... Senang je kan??
 

Insya Allah kita jumpa di entry akan datang pula...

Kalau korang pun ada resipi simple, share-share la dengan kita...

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)