Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, May 10, 2018

PRU14

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Semua sudah sedia maklum dengan keputusan PRU14 kan? Banyak kejutan yang berlaku... Kami pun selesai tunaikan tanggungjawab kami... Alhamdulillah...

Kami gerak balik ke Kelantan (tanah tumpah darahku) pada jam 9pagi 08/05/2018. Lebih kurang jam 6.30petang kami selamat tiba di rumah.
09.05.2018 lebih kurang jam 9pagi, kami adik beradik berjemaah menunaikan tanggungjawab kami mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Kota. Mak Abah kami pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Kota.
09/05/2018 jam 10malam pula kami sudah bergerak balik ke Perak! Memang penat sangat tapi sangat berpuas hati kerana di permudahkan segala urusan kami...

Kami kurang dapat info terbaru berkaitan dengan keputusan PRU14. Almaklumlah, duduk dalam bas! Terima kasih sangat-sangat kepada family & kawan-kawan yang update keputusan semasa PRU14 kali ini. Memang banyakkkk sangat kejutan! Kelantan & Terengganu telah di amanahkan kepada PAS untuk mentadbir negeri... Negeri-negeri lain memang penuh dengan kejutan!

Kami doakan semoga apa yang berlaku pada PRU14 kali ini memberi pengajaran kepada setiap wakil rakyat & parti supaya sentiasa memainkan peranan anda sebagai 'wakil rakyat'! Suara kami memang KECIL tapi apabila kami bergabung, aura nya memang BESAR!!! Dan doa kami juga agar hak serta maruah MELAYU + AGAMA ISLAM itu sentiasa menjadi keutamaan... Hak MELAYU+ISLAM dalam TANAH MELAYU & BUMI MALAYSIA ini...

Semoga dalam tempoh 5 tahun akan datang ini membawa 1001 kebaikan serta keberkatan kepada kita semua. Wahai wakil rakyat & Perdana Mentari ke 7 kami, tunaikanlah segala janji-janji kalian... Sebabnya 5 tahun dari sekarang,kita akan berjumpa di PRU lagi...

Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Jangan sesekali kita lalai kerana jika tidak, pihak lain akan ambik kesempatan atas kelalaian kita. Almaklumlah, masing-masing ada kepentingan masing-masing yang perlu di jaga!

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)